Sabtu, 11 Oktober 2014

Faktor Penyumbang Kita Menjadi Pelupa

 Faktor Penyumbang Kita Menjadi Pelupa
Assalamualaikum
Terdapat banyak sebab atau faktor boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa. Jika dahulu gejala ini sering dikaitkan dengan orang tua yang sudah berusia, tapi sekarang tidak lagi apabila orang muda sudah ramai berjumpa pakar Geriatriks untuk mengatasi masalah mereka.

Menurut pakar, gejala pelupa ini boleh berlaku terhadap seseorang disebabkan oleh beberapa faktor tertentu seperti amalan diet serta gaya hidup yang tidak sihat. Sekiranya masalah ini tidak di atasi, dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak baik pada kehidupan seharian kita.
Selain dari faktor yang disebut tadi, terdapat juga faktor lain yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa pada usia muda. Dalam tulisan kali ini blog Cik Siti Online ingin kongsikan 10 lagi faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu jadi pelupa

1. Melihat perkara yang tidak baik

Disebabkan mata badan merana dan disebabkan mata jugalah boleh mengundang bermacam-macam kemahuan. Tanpa disedari apa yang kita lihat boleh mempengaruhi tahap ingatan atau memori kita. Antaranya ialah
a) Mata banyak melihat kemaluan atau najis
b) Mata banyak melihat perkara buruk
c) Mata banyak melihat aurat terdedah
d) Otak selalu memikirkan seks dan perempuan
e) Terlalu kerap melakukan seks atau onani

2. Pemakanan

Makanan sehari-harian sangat berperanan penting dalam menentukan kesihatan fizikal dan mental anda. Ada beberapa jenis dari makanan-makanan tertentu, yang jika dimasukkan kedalam diet akan membantu mengoptimakan fungsi otak kita atau sebaliknya. Namun, tidak semua makanan adalah sesuai untuk kecerdasan minda
a) Makan kepala ikan
b) Makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung dan ogan perut
c) Makan makanan yang tercemar oleh semut
d) Banyak makan makanan masam  seperti jeruk buah-buahan dan juga minuman bikarbonat.
e) Makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
f) Minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.
g) Terlalu banyak makan makanan yg berkolestrol dan lemak tinggi
h) Merokok dan minum arak

3. Ubat-ubatan dan dadah

Ubat-ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.

4. Tekanan atau stress

Seiring kemajuan dan sosio kehidupan pasti menyumbang kepada tekanan hidup. Tekanan akan  menganggu sel-sel otak, bahkan ada kemungkinan boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’. Sekiranya anda menghadapi tekanan,segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

5. Metabolisme

Kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.

6. Penyakit fizikal seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, stroke dll

Masalah hilang ingatan akan menjadi sebahagian daripada kesan sampingan pengambilan ubat-ubat untuk mengatasi masalah kesihatan untuk suatu waktu masa yang lama. Contohnya ubat kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

7. Usia

Seiring dengan peningkatan usia badan manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Anda disaran dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.

8. Bekalan oksigen ke otak

Bekalan oksigen ke otak yang mencukupi amatlah penting untuk mengelak kehilangan ingatan progresif dan kemerosotan intelektual disebabkan oleh pengurangan aliran darah dan bekalan oksigen ke otak(demensia vaskular).

9. Kurang tidur

Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru.Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.

10. Tidak membaca Al-Quran dalam sehari

Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. Kata-kata hikmah Arab menegaskan “Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca al-quran dengan melihat (mashaf Al-Quran).”

9 ulasan:

  1. http://madey09.blogspot.com/ asalamualaikum..wah! perkongsian yang hebat ni..Etuza semakin berusia ni..mintalah Allah kuatkan daya ingatan kita..amin. Kepala ikan tu selalu Etuza dengar..boleh jadi pelupa..cuma kalau dibuat sup hummm !!! sedap kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam..
      cik siti pulak suka mkn mata ikan..hehe

      Padam
  2. haah.... kadang stres pun boleh lupa...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah..sbb tu klau lupa sesuatu kita perlu tenangkan diri..

      t.kasih sis..:)
      nnti free cik siti blogwalking ke semua blog yg dlm senarai

      Padam
  3. memang wajib jaga kesihatan otak. penting untuk amek asid lemak omega-3 untuk otak

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sis..asid lemak omega mmg penting utk otak

      Padam
  4. membalas kunjungan...info yang sangat berguna..

    BalasPadam
  5. macam tu ker., susah jugak eik.,
    ni baru lepas baca aku da lupa., haha., lalalalala

    BalasPadam
  6. betullah tu cik siti faktor2 di atas, nasib baik tak nyatakan banyak makan semut ye..hehe..kak ana singgah dan follow sini dari IG , tqsm :)

    BalasPadam

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com