Isnin, 6 Oktober 2014

Tips Untuk Didik Anak Tidur Di Biliknya Sendiri

Tips Untuk Didik  Anak Tidur Di Biliknya Sendiri

Assalamualaikum...

Berdasarkan satu kajian rambang yang dilakukan terhadap ibubapa di Malaysia mendapati, mereka masih lagi tidur sebilik bersama anak-anak walau ada di antara anak-anak itu sudah menjangkau usia lima dan enam tahun.

Menurut pandangan pakar, apabila anak-anak sudah berumur lima dan enam tahun, ibubapa digalakkan supaya mengasingkan tempat tidur anak-anak supaya mereka bisa hidup berdikari dan tidak mengharapkan ibubapa pada masa hadapan. Disamping itu dalam agama islam juga telah menerapkan pentingnya asingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa.

Namun, untuk mendidik anak-anak agar mereka berani tidur bersendirian pada usia ini, ibubapa perlu memikirkan cara yang paling sesuai dan berkesan untuk memujuk anak-anak agar mereka tidak buat hal apabila disuruh tidur sendirian.

Di bawah ini terdapat beberapa tips yang prakatikal yang boleh dijadikan panduan untuk ibubapa amalkan dalam mendidik si kecil agar lebih berkeyakinan untuk tidur sendiri di biliknya.

Dekorasi bilik

Pastikan susun atur dan perabot yang sesuai dengan saiz dan corak kesukaan si dia. Yang paling penting perabot yang dipilih mestilah selamat untuk kegunaan anak. Bilik untuk anak-anak juga perlu ada ruang untuk mereka bermain dan membaca.

Jadikan bilik mereka tempat yang menyeronokkan bagi si kecil.Untuk itu pastikan warna dinding mestilah sesuai dengan peringkat umur dan jantina anak anda. Namun dalam keghairahan ibu bapa mendeko bilik jangan lupa tanya pendapat anak anda.

Minta dia pilihkan cadar, warna cat dan lampu tidur . Pendekata, minta dia pilih apa yang dia mahukan. Namun, kita pun kena tengoklah samada sesuai ataupun tidak.

Beri anak masa untuk bersedia

Beberapa hari sebelum anak kena tidur dalam bilik sendiri, selalu beritahu anak yang dia akan tidur di bilik itu sendiri pada masa yang ditentukan. Bagi anak bersedia dari segi mental dan emosi yang dia kena tidur dalam bilik sendiri berseorangan.

Lakukan aktiviti bermanfaat bersama anak

Pastikan ibu bapa kena kerap luangkan masa dengan anak dekat dalam bilik tu. Contohnya melukis dan menulis di dalam bilik dengan si dia. Aktiviti ini pasti membantu membina keyakinan anak-anak untuk tidur di bilik sendiri.

Sebelum tidur, berbuallah, bacakan buku cerita atau ceritakan kepada mereka cerita yang menarik, jangan pula bercerita cerita seram kepada anak-anak. Sebaik-baiknya ceritakan kisah nabi atau kisah-kisah teladan.

Bacakan juga bersama mereka doa sebelum tidur dan surah-surah pendek seperti Al-Fatihah dan tiga Qul. Katakan kepadanya, walaupun ibu dan ayah tidak tidur bersama mereka, tetapi Allah dan malaikat ada untuk menjaga mereka.

Teman anak sampai si dia lena

Hari pertama temankan anak untuk tidur sekali di dalam bilik dia, tetapi jangan terlajak sampai pagi pula, cukup sekadar teman tidur sehingga dia terlena. Jangan biarkan dia keseorangan di dalam bilik sebelum dia tidur. Letak kan juga mainan kesayangan anak di sebelah dia.

Jangan biar anak rasa keseorangan

Ibu bapa perlu bangun semasa tidur untuk melihat keadaan anak-anak. Jangan fikir bila si dia sudah tidur kita pun boleh tidur sampai ke pagi. Ini akan buat anak merasa keseorangan di dalam biliknya kalau-kalau dia terjaga.

Puji anak atas keberaniannya

Apabila anak bangun pagi, beri dia pujian dan kata semangat kerana telah berjaya tidur di bilik sendiri. Pujilah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah dia telah melakukan sesuatu yang amat membanggakan anda. Dia akan berasa bangga kerana pujian dari kita dan bersemangat untuk malam seterusnya.

Harus diingat mendidik anak tidur di bilik sendiri pasti akan memakan masa bergantung pada karektor si kecil tapi lama kelamaan mereka akan terbiasa juga. Sebagai ibu bapa kita kena bersabar dengan karenah si kecil. Yang penting jangan sesekali putus asa dan kena tepis rasa kasihan sebab anak tidur sorang.

Semoga berjaya..:)

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. t.kasih juga sudi berkunjung ke blog cik siti..:)

      Padam
  2. Tips yang baik, sampai masa mmg patut diasingkan anak dlm bilik masing2 supya depa lebih berani dan berdikari

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..penting juga untuk keyakinan diri mereka

      Padam
  3. Bagus tahu dari sekarang.. Nanti dah ada anak boleh apply.. Thanks for the tips! ^_~
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah murahkan rezeki sis..:)

      t.kasih juga sudi singgah blog ni

      Padam
  4. salam singgah..jemput follow saya..saya dah follow blog awk juga TQ ;)

    www.myladangvitamin.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. t.kasih sudi singgah blog cik siti..:)

      cik siti dah follow blk blog sis

      Padam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email