Khamis, 6 November 2014

Susah Sangat Ke Nak Sebut 'I Love U'

hard-to-say-i-love-u

Benarkah lelaki sukar mengucapkan kata cinta dari bibirnya? Tidak dinafikan sesetengah lelaki cukup sukar melafazkan kalimat cintanya kepada wanita. Mereka mempunyai beberapa cara yang berbeza dengan wanita untuk mengucapkan kalimat cinta ini. Jom ketahui bagaimana cara lelaki memperlihatkan cinta mereka?

1. Berkata cinta dengan jelas

Bagi sebahagian besar lelaki, menyatakan perasaan cinta memerlukan persiapan dari segi fizikal dan mental. Perkataan cinta itu sendiri memberikan pegertian besar dan hanya yang benar-benar istimewa berhak menerimanya. Jika dia sudah benar-benar serius barulah dia akan selalu mengungkap kata cinta itu secara terang-terangan tanpa berselindung.

Manakala bagi sesetengah jejaka pula, apabila sahaja cinta diucapkan bermakna harus disusuli dengan tindakan yang benar-benar menggambarkan kata-kata tersebut. Ini bermaksud, dia sudah bersedia untuk melakukan satu komitmen. Beruntung jika anda mempunyai pasangan seperti ini.

2. Memberi perhatian yang lebih

Perlu diketahui, tidak semua lelaki itu mampu mengucapkan kata cinta. Ada kalanya di dalam mulutnya seolah-olah ada tembok yang amat keras menghalangnya mengungkapkan kata keramat ini. Namun dia menggunakan pelbagai cara untuk mengungkapkan kata cinta ini. Antara cara yang biasa digunakan ialah dengan menghantar bunga, memberi coklat, dan melalui panggilan telefon.

Malahan lelaki juga sanggup berkorban masa untuk bersama kekasihnya biarpun terpaksa mengecewakan perasaan orang lain. Bagi mereka, inilah bukti yang terbaik untuk menyatakan perasaan cinta. Biasanya lelaki seperti ini dikategorikan oleh sesetengah wanita sebagai lelaki yang tidak romantik kerana tidak mengucapkan kata cinta, rindu dan memuji kepada pasanganya. Tetapi ini bukan bermakna dia tidak sayangkan pasanganya. Selalunya lelaki ini menganggap cinta itu tidak perlu diucap.

3. Sentuhan dan belaian

Ada juga lelaki yang sengaja membuktikan cintanya dengan tindakan yang lebih berbentuk fizikal. Mereka lebih senang menggunakan sentuhan dan belaian sebagai tanda untuk menyatakan perasaan cinta berbanding kata-kata. Ada masanya sentuhan fizikal ini boleh menjadikan kasih sayang lelaki kepada wanita lebih mendalam sekiranya wanita itu mampu memuaskan keinginanya. Namun wanita perlu berhati-hati juga dengan lelaki yang sedemikian. Jangan mudah tergoda dengan kata cinta dan belaianya yang boleh menyebabkan anda kecewa.

4. Membawa bertemu keluarga

Inilah cara terakhir lelaki mengungkapkan perasaan cintanya iaitu dengan memperkenalkan anda kepada orang-orang penting dalam hidupnya iaitu kekuarga. Bagi mereka, mempertemukan keluarga dengan anda adalah sesuatu yang istimewa. Ini bermakna anda sudah mempuyai ruang yang amat istimewa di hatinya. Jika teman lelaki anda sudah memperkenalkan anda dengan keluarganya, ia membuktikan bahawa dia sedang mengungkapkan perasaan cintanya yang mendalam. Anda sudah diberi kepercayaan untuk bergaul dengan orang-orang yang dikasihi dan bermakna dalam hidupnya. Bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya anda sudah lama berkawan dan bercinta tetapi tidak pernah dikenalkan kepada keluarganya atay orang-orang yang dekat dengan dirinya. Jika ini terjadi kepada anda, bermakna anda belum menjadi orang yang istimewa dalam dirinya, meskipun barangkali dia pernah mengungkapkan kata cinta.

Sebenarnya ada lelaki yang berkawan dengan perempuan ini hanya untuk bersuka-ria dan bukan untuk dijadikan teman hidup. Ada baiknya anda mencatat apa-apa yang selama ini anda lakukan bersamanya. Cuba lihat berapa kali dia telefon anda, apa yang pernah diucapkannya, kejutan yang dilakukannya untuk anda dan yang lain-lainnya. Berhati-hati dalam menilai seseorang itu. Harus diingat, lelaki ini jarang mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati meskipun anda sudah memberinya beberapa orang zuriat.

Sumber: Info Anda

2 ulasan:

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com