Jumaat, 23 Disember 2016

Tip Memilih Tudung Sesuai Mengikut Warna Kulit Wajah

Pemilihan warna tudung yang sesuai dengan kulit wajah mampu mempengaruhi penampilan diri seseorang wanita Muslimah.

Saya pun kadang-kadang pening kepala dan mengambil masa yang agak lama di kedai pakaian semata-mata hendak mencari tudung yang warnanya bersesuaian dengan warna kulit.

Sekiranya tersilap pilih, alamatnya tundung yang dibeli tak akan dipakai sampai bila-bila atau saya berikan sahaja kepada kawan-kawan yang berminat dengan tudung berkenaan.

Untuk mengelak dari tersalah beli tudung, maka dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tip atau panduan bagaimana hendak memilih tudung yang sesuai dengan warna kulit wajah.

Mira-Filzah-Tudung-Cun

Kulit Sawo Matang

Kebiasaanya, wanita yang mempunyai kulit sawo matang , warna tudung yang paling sesuai  ialah pastel (warna pucat dan lembut), merah manggis (maroon), putih gading (putih kekuning-kuningan), biru tua, unggu dan hitam.

Manakala, warana mereh, hijau tua, kuning, warna kelabu dan coklat tua adalah warana yang paling tak sesuai untuk kulit sawo matang.

Kulit Kuning Langsat

Sekiranya kulit kita jenis ini, sebaiknya pilih tudung yang berwarna merah, merah jambu, dan biru. Sebaliknya, hindari warna-warna bernuansa emas seperti karamel, coklat dan oren kerana ia boleh membuatkan kulit wajah kelihatan pucat.

Kulit Putih

Bagi wanita kulit wajahnya putih akan kelihatan pucat sekiranya menggayakan tudung berwarna putih, warna pastel (warna pucat dan lembut) dan warna kuning. Oleh itu, pilihlah  tudung yang berwarna garang dan tegas seperti hitam, merah, unggu dan biru.

Kulit Gelap Atau Hitam Manis

Wanita berkulit gelap tidak semestinya tidak cantik. Jika kita bijak memadankan warana tundung dengan kulit sudah pasti hasilnya kita akan kelihatan menawan dan dominan.

Jadi, pilihlah warna-warna neutral ataupun lembut kerana ia akan menjadikan kulit yang gelap tadi kelihatan lebih cerah. Antara warna yang sesuai ialah warna pastel (pucat dan lembut), warna emas, perak dan lavender (gandaria).

Namun awas! Hindari memaki tudung yang bewarna gelap seperti coklat, hitam dan oren atau jingga kerana ia akan membuatkan wajah kelihatan lebih gelap.

Warna Kontras

Terdapat segelitir wanita muslimah yang gemar memakai tudung yang kontras dengan kulit wajah. Tamabahan pula dengan salutan fesyen terkini yang memaparkan warna-warna terang dan color block bagi mendapatkan efek yang berlainan. Warna yang sesuai dipilih ialah kuning , biru dan merah.

Saya harap dengan panduan ini dapat memberi ilham kepada kita semua semasa hendak milih tudung. Tetapi sebelum itu, kenal pasti terlebih dahulu kulit kita jenis yang mana yang penting bukan hijau. Itu kulit Incredible Hulk ..Hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email