Selasa, 3 Jun 2014

JENIS-JENIS WANITA YANG TIDAK PATUT DIJADIKAN ISTERI

 jenis wanita yang tak patut dijadikan isteri

Jika sebelum ini Cik Siti ada berkongsi info tentang jenis-jenis lelaki yang tidak patut dijadikan suami, hari ini Cik Siti nak berkongsi pula tentang jenis-jenis wanita yang tidak patut dijadikan isteri pula. Jom semak:-

1. Wanita Ananah 

Wanita yang suka berkeluh-kesah. Ada sahaja yang tak berpuas hati dan serba tak kena dengan pemberian dan perbuatan suami. Dengan kata lain, tidak pandai bersyukur dengan apa yang ada. 

2. Wanita Mannanah 

Banyak mengungkit jasa dan pengorbanannya terhadap suaminya. Wanita jenis ini banyak kita temui dalam masyarakat kita pada hari ini. Misalnya, "Kalau bukan loan rumah ni saya yang buat.Kalau bukan dengan gaji saya, tak dapatlah beli kereta ni. Kalau bukan sebab saya, awak takkan hidup senang macam ni.." 

3.  Wanita Hannanah

Menyatakan kasih sayangnya kepada ex suami/kekasih, atau kepada anak dari suaminya yang lain.Wanita ini juga berangan - angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada . Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu . Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan . 

4. Wanita Basaqah

a. Wanita yang suka bersolek dan sebahagian besar masanya dihabiskan untuk berhias. Wangnya dihabiskan untuk membeli make - up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji - puji. Biasa sangat terjadi di kepada wanita hari ini, di rumah biasa sahaja. Namun, bila pergi kenduri-kendara, berhias dan melawa mengalahkan pengantin.

b. Makan bersendirian(tak ajak suami), asing bahagiannya, mencela makanan serta memilih makan. Alasannya, tidak biasa makan sedemikian sejak kecil. Mereka yang biasa hidup urban dan makan makanan yang sedap-sedap akan sukar untuk biasakan diri makan makanan yang biasa-biasa. Sebab itu, bila pilih isteri, pilih yang boleh makan apa yang kita biasa makan. 

5. Wanita Haddaqah 

Pantang nampak yang berkenan di matanya, terus memaksa si suami belikan walaupun suami tidak mampu sehingga membebankan suami untuk mencari duit belikan barang yang dia ingini. Tidak peduli langsung suami bersusah payah untuk mencari sesuap nasi,  dia boleh pula bermati-matian bertekak untuk dibelikan juga rantai dan barang kemas yang disukai sebagai contoh.

6. Wanita Syaddaqah

Wanita yang banyak cakap tentang perkara yang sia - sia (termasuk mengumpat. Mengada-ngada sakit. Sakit yang kecil dibesar-besarkan walaupun taklah sakit sangat sebenarnya sehingga menyusahkan suaminya. 

7. Wanita Mukhtali'ah

Iaitu wanita yang mudah meminta cerai dan talak dari suaminya tanpa sebarang sebab yang munasabah.  Tak sependapat dengan suami, minta cerai. Suami tak belikan barang, minta cerai. Suami tak bagi duit, minta cerai. Cerai sahaja yang dia tahu. 

Istri mukhtali’ah ini akan mendapat kerugian dunia mahupun akhirat.
Rasulullah saw bersabda :

“Seorang wanita yang minta cerai dari suaminya tanpa suatu alasan sah diharamkan baginya mencium bau syurga”(HR Ahmad, Tirmidzi)

8. Wanita Mubariyah 

Wanita yang berbangga diri di depan wanita-wanita lain dan yang menyombongkan diri dengan hal-hal dunia (harta, pangkat, kecantikan, kemewahan) yang ada padanya. Ini biasa terjadi pada wanita-wanita yang ada status dan pangkat.  Si isteri berbangga-bangga dengan keretanya, kerjayanya dan apa saja sehingga kebanggaan melampau dirinya itu mengaibkan suami. Bila isteri dibenci orang, suami pun terpalit sama.

9. Wanita Ahirah

Iaitu wanita-wanita fasik yang tidak boleh diberikan nasihat atau tak makan nasihat oleh orang lain. Kiranya dia sahaja yang betul di dunia ini.

10. Wanita Nasyiz 

Wanita yang suka membantah dan melawan suaminya, baik dengan perkataan atau perbuatan. Wanita yang baik, dia memberikan pendapat dan idea. Bukannya membantah dan melawan. Jika tak setuju, utarakan pandangan dengan baik dan tutur kata yang tidak menyakitkan hati suami. Sama ada suami kita nak dengar atau tidak pendapat itu terpulang pada si suami.

Akhir kata, mari kita sama- sama muhasabah diri dan perbaiki sikap kita. Rasulullah telah menghimpunkan sifat-sifat wanita impian dalam tiga kalimah Baginda yang singkat tetapi berhikmah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud (au kama qaal):

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang sebaik-baik perbendaharaan atau khazanah yang disimpan oleh seseorang? Iaitu wanita solehah, yang jika suaminya memandang maka suaminya akan rasa senang. Jika suaminya menyuruh, maka dia taat. Dan jika suami berpergian, maka dia pandai menjaganya (harta suami, maruah dan sebagainya)." (HR Abu Dawuud dari Ibnu Abbas)

sumber

6 ulasan:

  1. Buat lah pilihan yg terbaik in shaa Allah :)

    BalasPadam
  2. minta dijauhkan dari sikap2 yg sedemikian...

    BalasPadam
  3. Harap-harap tidak bersikap sedemikian .__. Kadang-kala kita tak sedar apa yang kita buat

    BalasPadam
  4. semoga dijauhkan dari sifat2 sedemikian..

    BalasPadam
  5. semoga dijaahkan dr sifat sifat nih

    BalasPadam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email