Rabu, 11 Disember 2013

Jenis-Jenis Lelaki Yang Tidak Patut Dijadikan Suami

laki perempuan

Di usia anda sekarang yang sudah layak untuk berkahwin , sudah pasti cukup  pengalaman hidup  berkaitan sama lelaki . Pastinya sudah banyak kenalan lelaki yang datang silih berganti . Dari pengalaman anda tersebut , pastinya sudah boleh menilai bahawa tidak semua lelaki itu sama . Ada lelaki yang jenis setia , lelaki yang romantis , lelaki baik baik saja dan ada yang buruk perangai , seperti lelaki buaya darat , dan lain-lain .

Anda mesti mengetahui jenis lelaki yang tidak layak dijadikan suami. Seperti yang dipetik dari Vemale.com, berikut 5 jenis lelaki yang tidak layak dijadikan suami .

1 . Tidak Ada Pendapatan dan Boros

Lelaki yang sudah dewasa sepatutnya boleh berdikari , tidak bergantung lagi sama orang lain atau keluarganya dan harus ada pekerjaan , sekurang-kurangnya sudah ada pendapatan . Lelaki yang tidak boleh hidup berdikari dan tidak mempunyai rancangan masa depan biasanya dia hidup bermalas - malasan . Kalaupun dia bekerja , biasanya setengah hati dan boros dengan pendapatan . Bahkan mereka tidak mempunyai tabungan .

2 . Bergantung Hidup Pada Orang Lain

Biasanya lelaki jenis ini bergantung hidup pada orang lain  dan meminta duit poket untuk sara hidup dari orang tuanya . Padahal usianya sudah cukup dewasa dan seharusnya sudah boleh mencari pendapatan sendiri . Sifat ini biasanya tetap ada setelah berkahwin , di mana mereka tetap bergantung hidup pada orang lain, tidak boleh bertanggung jawab penuh pada isteri dan anak - anaknya.

3 . Pemalas

Jika kemalasan yang pertama dan kedua lebih kepada kemandirian dan kewangan , kategori pemalas ini malas dalam hal - hal lain . Lihat saja bagaimana biliknya berselerakan , sehingga tidak boleh membezakan mana pakaian kotor dan bersih . Parahnya , lelaki seperti ini menganggap semua pekerjaan rumah adalah tanggung jawab wanita . Mereka anti menyapu , mencuci pinggan , bahkan tidak mampu membetulkan lampu yang rosak .

4 . Selalu Berfikir Negatif dan Membuat Anda Merasa Buruk

Lelaki dalam kategori ini selalu melihat banyak hal dari sisi negatif , bahkan pada pasangannya sendiri . Mereka selalu melihat ada hal - hal salah atau perkara buruk yang anda lakukan . Mereka hanya fokus pada hal negatif , sehingga sebaik apapun yang anda lakukan , selalu salah di matanya . Jika sudah begini , wanita yang terjebak hubungan dengan lelaki kategori ini biasanya tidak percaya diri kerana menganggap dirinya buruk.

5 . Mengawal dan Mengasingkan Hidup anda

Dalam sebuah hubungan , selalu ada yang merangkul dan menopang . Saling kompromi , saling memahami . Namun lelaki kategori ini akan mengambil alih hidup anda . Anda akan merasa terikat dan tidak lagi bebas melakukan hal - hal yang anda suka , anda tidak lagi menjadi diri anda . Bahkan dia mula mencampuri urusan peribadi dengan orang tua atau sahabat - sahabat anda . Yang lebih parah , dia menekan akses supaya anda semakin jarang bersosial dengan sesiapa .

Bila anda mempunyai pengalaman ke lima jenis lelaki diatas , sebaiknya jangan di dekati lagi , apalagi dijadikan pasangan . Boleh hancur rumah tangga anda nanti bila memilih jenis lelaki di atas .

2 ulasan:

  1. Teringat pula dekat drama-drama masa baca entri ni.. btw nice sharing :)

    BalasPadam

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com