Khamis, 19 Jun 2014

Derita Si Ibu Dizalimi Anak Sendiri

XIAOMING dimandikan selepas hampir sebulan dikurung tanpa diberi makan oleh anaknya

Cik Siti macam tak percaya wujud manusia yang sanggup melakukan hal ini? Dimanakah hilangnya sifat perikemanusiaan dan kasih sayang dalam diri anak wanita ini. Sedangkan binatang pun tak layak dilayan begini apa lagi seorang insan yang bergelar IBU.

Nasib baik seorang daripada jiran mereka memuat naik gambar ibu malang ini dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa. Untuk berita lebih lanjut sila baca di bawah.

Hunan (China): Seorang warga emas berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri. Mereka tidak memberinya makan supaya dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa datang melawat mangsa.

Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya melalui tingkap biliknya ketika anaknya tiada di rumah.

“Tolong, beri saya makanan,” adalah perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di Internet.

Menurut jurucakap polis, sejak wanita itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci.

Wanita itu dikatakan berbalah dengan anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga mati.

Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak mahu menanggung beban.

“Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan.

“Ini bukan saja pertelingkahan antara keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya,” kata jurucakap polis.- hmetro

Nota : Lama tak update blog sebab menjaga bonda tercinta yang sakit. Namun Allah lebih menyayanginya. Akhirnya pada tanggal 12hb Jun bonda Cik Siti menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga roh arwah Tumijah Binti Selamat dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

AL-FATIHAH

3 ulasan:

  1. kesiannya kat ibu tu..kenapa ada yang sanggup melayan ibu camtu..sedihnya..huhu..
    Salam takziah buat keluarga Cik siti..Al-Fatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Sura
      tu la..geram betul cik siti baca berita ni.ada ibu dlayan mcm tu..xde hati perut betul la

      Padam
  2. zalimnya anak dia buat ibu dia mcm.nih

    BalasPadam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email