Selasa, 27 Mei 2014

Gaya Rambut Terbaik Untuk Lelaki

Fesyen bukan sahaja terhad kepada menggayakan pakaian semata-mata, tetapi gaya rambut juga menjadi fesyen dan ikutan dari zaman ke zaman.

Gaya unik ini menjadi ikutan pada masa kini kerana dapat memberikan personaliti unik kepada seseorang itu. Tetapi haruslah sesuai dengan bentuk muka dan warna kulit anda agar kelihatan lebih kacak dan tampan.

Bosan dengan fesyen rambut yang sama sejak berzaman? Oleh itu, di sini Cik Siti ingin berkongsi dengan anda beberapa fesyen rambut yang boleh dijadikan inspirasi kepada lelaki di luar sana.

1. Layered

Gaya rambut layered atau berlapis amat popular di seluruh dunia. Rambut dibiarkan panjang di belakang dan berlapis-lapis, rambut  depan dibiar menutupi bahagian dahi. Gaya ini membuatkan anda kelihatan fresh dan ranggi.

layered hairstyle


















2. Straight

Mereka yang bekerja dalam bidang kreatif seperti fotografi  dan reka bentuk dalaman amat sesuai dengan gaya ini. Rambut dipotong pendek dan tebal dengan hampir tiada lapisan. Gaya ini menampakkan sisi kemas anda di samping bergaya.

straight hairstyle












3. Spiky

Gaya rambut spiky atau pacak seperti gaya Mohawk amat popular buat lelaki. Gaya ini dapat membuatkan si jejaka nampak stylo, ranggi dan bertenaga.

spiky hairstyle- rambut pacak












4. Sleek

Gaya rambut ini sememangnya klasik. Gaya ini menonjolkan personaliti yang kemas buat si jejaka dan sering digayakan di pentas peragaan.

sleek hairstyle












5. Brit Rock

Gaya rambut Brit Rock sememangnya 'cool' dan ranggi. Rambut hadapan didandan seperti 'fringe' dan untuk gaya lebih ranggi, berikan sedikit suntikan gaya 'messy' yang tidak keterlaluan.

brit rock hairstyle











6. Pompadour

Gaya ini amat sinonim dengan Elvis Presley, lagenda rock n roll. Dengan jambul di hadapan, gaya ini akan memberikan kamu tampak lebih yakin,  stylo dan membuatkan anda kelihatan seorang yang bercita rasa tinggi. Namun, kamu perlu berhati-hati dengan jambul kamu itu agar tidak terlalu panjang kerana ia akan membuatkan kamu nampak pelik.

pompadour- rambut berjambul
7. Messy atau Tidak Kemas

Gaya Messy atau tidak kemas melambangkan keberanian. Tidak ada bentuk rambut khusus untuk gaya rambut messy ini, ia hanya perlu kelihatan tidak kemas!

messy hairstyle-tidak kemas












8. Bed Head


Berbanding messy Bed Head lebih sesuai untuk si jejaka yang berimej band boy yang sememangnya ranggi.  Bed  Head adalah gaya rambut yang popular di lewat 90-an." Rambut ala-ala messy dan berantakan selepas bangun tidur ini amat mudah digayakan.

bed head hairstyle












9. Beralun semula jadi

Gaya rambut beralun semulajadi juga popular untuk digayakan oleh jejaka. Rambut dibiarkan sederhana panjang tetapi tidak terlalu mengerbang. Gaya rambut ini mudah untuk digayakan dan dapat memberikan imej bersahaja namun penuh dengan daya tarikan.

beralun semulajadi












10. Razor Cut

Gaya razor cut untuk lelaki telah menjadi sangat popular sejak beberapa tahun lalu. Dalam gaya rambut lelaki, teknik memotong dengan pisau cukur adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan ketebalan rambut secara semula jadi. Lapisan yang dipotong dengan pisau cukur juga mewujudkan tekstur dan sesuai untuk bentuk jenis rambut lurus.

razor cut hairstyle

7 ulasan:

  1. Sometimes style rambut laki ni depend atas muka dia jugak. Buat rambut style spiky pum kalau muka jambu mmg xsesuai. hehe

    Datang klik iklan nuff awak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu tiey.msti nampak pelik je nanti..hehe

      Padam
  2. ina minat lelaki yg rambut layer hehe ^^

    BalasPadam
  3. Razor cut Terbaikk!!

    BalasPadam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email