Selasa, 27 Mei 2014

Sikap Yang Membuat Lelaki Terpesona Kepada Wanita

sikap wanita yang mempersona kaum lelaki

Sesungguhnya Allah menciptakan lelaki dan wanita dengan sifat dan sikap yang berlawanan untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. Perwatakan wanita  itu sangat berwarna warni dan penuh kejutan dan ditambah lagi beragamnya karakter. Manakala perwatakan lelaki pula lebih kepada satu warna sahaja dan tidak beragam karakter.

Berwajah cantik dan bentuk tubuh ideal memang satu bonus untuk kaum Hawa dan selalu mengundang perhatian kaum Adam. Tak hairan jika wanita berlumba-lumba untuk tampil menarik untuk menarik perhatian.

Namun, penampilan bukan satu-satunya ukuran yang membuat wanita tampak persona di mata lelaki. Dari sikap dan hal yang sering wanita lakukan, ada beberapa yang lelaki kagumi dan mendambakannya secara diam-diam. Dikutip dari Vemale, berikut 5 sikap wanita yang membuat lelaki kagum dan terpesona dibuatnya.

1. Saat Wanita Masuk Dunia Lelaki

Wanita tidak menyukai dunia lelaki, kerana wanita tidak memahami dunia mereka. Wanita lebih sanggup menhabiskan masa berjam untuk keluar shopping padahal lelaki lebih gemar menonton bola atau memancing.

Sebagai wanita kita kena bijak menyesuaikan diri dengan minat lelaki. Kalau wanita berjaya masuk dan akrab kedua hal tersebut, percayalah kaum adam pasti akan kagum. Kerana bagi lelaki, hal tersebut sangat jarang dilihat, dan akan membuat mereka akan akrab dengan anda.

2. Saat Anda Merancang Dengan Teliti

Lelaki adalah makhluk yang  yang paling simple sekali di dunia. Mereka suka melakukan sesuatu tanpa perlu merancang selama berbulan-bulan. Malah jika mereka perlu outstation atau bercuti , hanya satu beg sudah mencukupi untuk mereka.

Berbeza wanita, mereka tidak berapa suka melakukan sesuatu tanpa dirancang terlebih dahulu.Dan pasti bawa beberapa buah beg untuk bercuti walaupun untuk sehari.  Itulah yang membuat lelaki hairan sekaligus kagum. Apalagi jika rencana anda atau perancangan anda benar-benar bermanfaat.

3. Saat Anda Mendukung Si Lelaki

Setiap lelaki punya minat dan kesukaan yang berbeza. Jangan jadikan minat mereka sebagai jarak pemisah antara kita.  Lelaki tidak suka apabila di kongkong dan diarah sesuka hati. Jadilah kawan kepada mereka terlebih dahulu sebelum menjadi kekasih.

Biarkan mereka menikmati hobi atau kesukaannya, maka itu adalah hal yang sangat indah bagi lelaki.  Apatah lagi anda prihatin dan mendukung apa yang dilakukan si lelaki. Si dia pasti akan lebih menghargai anda dan senang atas perhatian anda.

4. Saat Anda Jual Mahal

Pernah melihat situasi ini? Ada lelaki 'hot' di kampus atau pejabat, ramai peminat wanita dan memberi perhatian lebih. Tapi ternyata si lelaki lebih mengejar wanita 'low profile'  yang tidak terlihat berminat pada si lelaki. Kes seperti ini sering terjadi, kerana lelaki rasa tercabar untuk mengejar atau menakluki hati wanita itu dari wanita yang terhegeh-hegeh datang sendiri kepadanya.

5. Ceria Dan Suka Bergurau

Wanita yang ceria dan suka bergurau ternyata mampu membuat lelaki tergila-gila, apalagi jika si wanita  boleh membuat situasi yang suam-suam kuku jadi fun. Bagi lelaki, wanita cantik itu sangat ramai, tetapi wanita yang boleh diajak bergurau dan membuat situasi lebih hidup sangat sedikit. Kerana itu wanita jenis ini disukai lelaki.

Jadi jika anda mempunyai sikap dan perilaku demikian jangan di hilangkan. Kerana bagi lelaki 5 sifat demikian sangat menyenangkan dan mempersonakan mereka.

2 ulasan:

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email