Rabu, 28 Mei 2014

Emma Watson Terima Ijazah dari Brown University

emma watson- berjubah konvo

BINTANG filem Harry Porter, Emma Watson telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam ijazah dalam bidang Kesusasteraan Inggeris dari Brown University.

Menurut Emma Watson, bergelar selebriti ternyata tidak menganggu pembelajarannya, malah dia tetap menjalani kehidupan pelajar yang normal sepanjang pengajiannya.

"Sepanjang saya belajar, tidak ada orang yang datang untuk meminta autograf. Malah, ia merupakan pembelajaran yang tenang tanpa dibayangi kerjaya seni," katanya yang mengambil keputusan berehat buat seketika bagi membintangi filem, The Perks of Being A Wallflower.

Di sebalik kesibukan dalam pelajaran, Emma Watson sempat juga menjayakan filem, Harry Potter and the Deathly Hallows, The Perks of Being a Wallflower, This is the End, dan  yang terbaru filem bergenre epik, Noah.

Untuk pengetahuan Emma Watson memasuki Universiri Brown pada 2009 dan kemudiannya bertukar ke Universiti Oxford pada 2011 bagi menyambung pengajian untuk tahun ketiga.

Tahniah diucapkan kepada Emma Watson. Semoga dia akan terus success dengan kerjayanya selepas ini. Sumber

2 ulasan:

  1. selebriti pun kena rajin menuntut ilmu..baru la seimbang..

    BalasPadam
  2. Kalau aku study situ mesti dah minta autograph dia haha

    BalasPadam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email