Selasa, 18 Februari 2014

Erra Fazira di Cerai Talak Satu

erra fazira-cerai-talak satu


Akhirnya misteri mengenai status pelakon dan penyanyi glamour ini terjawab juga. 

Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.

Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.

Perceraian merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. 

Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan dalam islam.

Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.

Cik Siti harap beliau tabah dalam menempuhi hidup seterusnya.. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk beliau.Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com