Isnin, 17 Februari 2014

24 Fakta Cinta Yang Buat Anda Ingin Punya Kekasih

Fakta Cinta Yang Buat Anda Ingin Punya Kekasih

Cik Siti: Rasanya semua orang pernah mengalami rasa jatuh cinta. Tak kira lah samada cinta yang bertepuk sebelah tangan ataupun cinta yang berbalas. Rasa cinta itu adalah anugerah terindah yang dikurniakan Allah pada seluruh umat manusia untuk menyambung generasi.

Hnaya dapat dirasa namun susah di ungkapkan dalam kata - kata. Berbeza-beza mengikut individu dan berjuta rasanya bila jatuh cinta, seperti membuat kita bahagia dan menyenangkan tapi boleh juga membuat kita menangis .

Kalau anda fikir jatuh cinta itu hanya sekadar rasa suka saja ,anda silap! Banyak hal - hal ajaib yang bakal terjadi. Anda mesti tak sabar mengetahui apa saja hal - hal ajaib itu , dan apa yang menyebabkan seseorang itu boleh jatuh cinta dan seperti apa rasanya jatuh cinta itu ? Semuanya akan di jelaskan di bawah ini .

Inilah, 24 fakta tentang cinta yang terbaru yang membuat anda akan cepat - cepat mencari pasangan .

1. Sama seperti rasa lapar kerana makanan, jatuh cinta adalah keperluan semula jadi yang akan membuat hidup anda jadi lebih berwarna.

2. Menyentuh pasangan, misalnya bergandingan tangan atau berpelukan akan membuat tubuh menghasilkan hormon tertentu yang boleh mengurangkan rasa sakit .
3. Kesan jatuh cinta hampir sama seperti orang yang sedang mengambil dadah jenis kokain. Hormon bahagia yang terlepas sangat banyak akan membuat seseorang kelihatan'gila' ketika sedang jatuh cinta.
4. Hanya perlu waktu kurang dari empat minit untuk menyedari bahawa anda punya perasaan suka pada seseorang. 
5. Bagaimana caranya mengesan seseorang suka atau tidak dengan anda? Dari bahasa tubuhnya, perubahan tone suara dan jika dia mengatakannya langsung pada anda.
6. Saat dua orang yang jatuh cinta saling menatap, degupan jantung mereka akan meningkat. Jadi kalau anda berdebar saat menatap lelaki, boleh jadi kerana anda jatuh cinta padanya.
7. Dan ketika anda sedang menatap orang yang dicintai, pupil mata anda akan membesar. 
8. Jatuh cinta boleh terjadi pada siapa saja, bahkan pada orang asing yang belum anda kenal. Saat dua orang asing saling berbual dan melakukan hubungan mata, besar kemungkinan mereka akan jatuh cinta.
9. Saat anda sedang jatuh cinta, otak anda akan menutup semua bicara buruk tentang si dia. Intinya, semua logik anda lumpuh, pokoknya hanya dia yang terbaik dan yang dikatakan semua orang salah tentangnya.
10. Hanya dengan mengucapkan terima kasih pada orang yang mencintai anda, itu akan membuat mereka berjuta-juta kali bahagia.
11. Jatuh cinta akan menurunkan kadar serotonin dalam diri anda . Ertinya, anda akan menjadi orang yang posisif dan taksub pada si dia. Jadi memang benar jika ada orang yang mengatakan bahawa orang yang jatuh cinta sedikit banyak mirip orang gila ( in a good way )
12. Rata-rata, orang jatuh cinta 7 kali sebelum berkahwin.

13. Dua di antara 5 orang di dunia, menikahi cinta pertamanya.
14. Dan rata-rata, jika dikira, lelaki menghabiskan masa satu tahun untuk menatap wanita yang dicintai. 
15. Orang yang percaya diri dan bahagia mempunyai hubungan cinta yang lebih panjang dan berjaya dalam hubungannya. 
16. Siapa yang lebih cepat mengaku cinta? Lelaki ! 
17. Dan sebuah kajian mengatakan bahawa sesungguhnya lelaki adalah pihak yang paling susah move on dan emosional ketika putus cinta. Walau dari luar kelihatan baik-baik saja, hati mereka jauh lebih hancur berbanding wanita. 
18. Anda lebih mudah jatuh cinta pada seseorang dalam keadaan bertemu pertama kali dalam keadaan berbahaya.
19. Saat anda merasa berdebar dan seperti ada rama-rama di dalam hati saat menatap si dia, itu sebenarnya adalah respon tubuh pada tekanan tahap tinggi akibat adrenalin.
 20. Sakit hati tidak sekadar perasaan, kerana saat sakit hati kerana cinta, bahagian-bahagian otak anda akan mengalami rasa sakit yang luar biasa. 
21. Inilah salah satu keajaiban cinta. Ketika anda menatap foto orang yang dicintai dalam waktu lama, maka sisi romantis yang anda ingat akan mengurangkan sakit fizikal.
22. Berpegang tangan dengan orang yang anda cintai akan mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan tahap stress. 

23. Aroma keringat jejaka yang dicintai selalu membuat wanita rindu dan ingin memeluknya.

24. Berdasarkan kajian Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari hidup lebih lama 5 tahun berbanding yang tidak.

Ternyata banyak juga hal-hal yang tak terduga boleh terjadi bila sedang jatuh cinta, dan pastinya hal-hal tersebut akan membuat anda bahagia kerana menyenangkan. Bila anda merasakan keajaiban cinta, maka jangan tutupi hati anda dengan cinta .

Sumber : newslifestyle4u.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com