Ahad, 15 Disember 2013

Sebahagian Jalan Sg Besi ditutup Mulai 16 Dis

JLN DITUTUP

KUALA LUMPUR - Besraya (M) Sdn Bhd akan menutup sementara sebahagian Jalan Sungai Besi arah Seremban pada 16 dan 17 Disember dan arah Kuala Lumpur/pusat bandar pada 18 Disember.
 
Penutupan bermula 11.30 malam hingga 5 pagi itu membabitkan semua jenis kenderaan dan ia dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan lampu di sebuah jambatan merentasi Jalan Sungai Besi.

"Penutupan Jalan Sungai Besi arah Seremban akan dibuat berhampiran susur masuk Jalan Dua Off Jalan Chan Sow Lin dan bagi arah pusat bandar, ia dibuat berhampiran susur masuk Jalan Istana," kata Besraya dalam kenyataan hari ini.

Kenderaan menuju ke arah Seremban dikehendaki menggunakan Jalan Dua, Jalan Chan Sow Lin dan kembali semula ke Jalan Sungai Besi, manakala kenderaan menghala ke pusat bandar boleh menggunakan Jalan Istana, Simpang Bellamy, Jalan Bukit Petaling, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Istana dan kembali semula ke Jalan Sungai Besi. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com