Sabtu, 14 Disember 2013

Zodiak Mengikut Kalendar Islam.

zodiak lelaki

Bulan kelahiran atau zodiak boleh mendedahkan perwatakan seseorang. Biasanya penilaian dibuat berdasarkan dari ramalan barat, namun istimewanya edisi ini penulis memaparkan ramalan berdasarkan dari kalendar islam. Ingin tahu?  Jom teruskan membaca!

Muharram

Seorang lelaki yang pendiam, tapi sihat pemikirannya. Berkemungkin menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan  sempurna. Jika di didik dengan baik, pasti akan menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar memang ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaan selamat.

Safar

Tabiatnya kurang baik.Tidak suka mengakui kesilapa. Ibu bapa perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi lebih susah.Sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, maka akan mendatangkan hasil yang memuaskan.

RabiulAwal

Seorang yang berpewatakan baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dalam dirinya termasuklah sifat kurang sabar, keras hati dan mudah marah.

RabiulAkhir

Mengambarkan perwatakan nakal atau jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuan lemah, dipengaruhi oleh nafsu, kasar perwatakannya dan cepat naik tangan. Ibu bapanya menempuh beberapa kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAkhir

Perwatakan seorang lelaki yang berani dan pandai menghormati orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia bersalah ,dia mudah mengakui. Namun  bila dia menyedari dia di pihak yang benar, pendiriannya tetap dan tidak mudah mengaku kalah. Semasa kecil ibu bapa perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifatnya yang baik, jika betul didikannya,masa dewasa dia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab

Semasa kecil dia seorang yang degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai murni dalam dirinya. Ketika dewasa dia suka merendah diri. Ini agak bertentangan dengan sikapnya semasa kecil.

Syaaban

Satu gambaran perwatakan yang baik, hidup dimurahkan rezeki yang tidak putus. Sewaktu kecil dia berbudi bahasa hingga semua orang suka. Masa dewasa dia akan berjaya dalam kerjaya dan mudah memberi kerjasama yang memerlukannya..

Ramadhan

Dia seorang yang yang baik, pendiam, suka merendah diri. tidak angkuh kepada teman-teman. tidak membangga diri dan kehidupan selalu selamat dan dimurahkan rezeki

Syawal

Perwatakan keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya. Oleh itu ibu bapa perlu membentuknya dengan baik bagi menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya akan menjadi susah kerana perangai keras hati dan  selalu bergaduh terutama dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah

Berpewatakan pendiam. Banyak kualiti baik dalam dirinya namun boleh berubah menjadi buruk. Dia terlalu  banyak berfikir. Sifat ini  tidak akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Oleh kerana terlalu banyak berfikir kadangkala dia menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com