Ahad, 15 Disember 2013

Safee Sali – Nikah 28 Disember 2013

safee sali
   
Cik Siti: Tahniah semoga bahagia ke akhir hayat. Hope bila  awak dah tak boleh sepak bola, si dia tak sepak awak macam bola.hehe

PETALING JAYA: Penyerang kebangsaan, Mohd Safee Ali bakal mengakhiri zaman dudanya dengan wanita Indonesia yang dikenali sebagai Shasha pada 21 Disember ini.

Safee dipetik dalam Utusan Malaysia pada Jumaat sebagai berkata, beliau mengenali hati budi bakal isterinya lebih setahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Katanya, perkahwinan kali kedua itu akan diadakan di sebuah hotel dekat Tanjung Pinang, Kepulauan Riau iaitu di daerah kelahiran bakal isterinya.

"Alhamdulillah, Shasha dan saya sependapat dalam banyak perkara. Dia sangat sederhana dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja saya sebagai pemain bola sepak," kata Safee.

Pasangan itu turut akan diraikan dalam satu majlis persandingan yang akan diadakan di kampung halaman Safee di Bidor, Perak pada 28 Disember ini.

Safee pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 dengan Sabarina Yusof tetapi bercerai secara baik pada 1 April tahun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Beliau sebelum ini pernah meneruskan karienya bersama kelab Pelita Jaya apabila memperoleh kontrak baharu bernilai lebih RM2 juta daripada kelab itu untuk tempoh dua tahun.mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com