Sabtu, 21 Disember 2013

Fungsi Kamera Time Lapse Sehebat DSLR

time-lapse-mini

Kamera ini mungkin tidak sehebat kamera DSLR, namun jangan menyangka kamera yang kecil sebegini tidak boleh mempunyai fungsi yang hebat bahkan lebih gempak dari kamera DSLR.

Blynk, sebuah kamera kecil yang hanya sebesar pemain MP3. Namun walaupun kecil, kemudahan ini mampu digunakan untuk menangkap gambar secara berterusan sehingga 16 jam.

 Sesuai untuk mengambil gambar time lapse kerana kamera ini mampu mengambil gambar setiap saat dan terdapat beberapa pilihan yang boleh disesuaikan, daripada setiap saat, setiap dua saat, tiga saat dan seterusnya mengikut kemahuan anda.

Bateri kamera ini juga memiliki ketahanan jika digunakan dengan setting pengambilan gambar setiap saat selama 16 jam. Jika kamera ini digunakan dengan fungsi pengambilan gambar setiap lima saat, maka baterinya mampu bertahan hingga 56 jam.

Kamera ini hadir dengan memori dalaman sebesar 4GB dan bateri berkapasiti 400 mAh. Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia hitam, biru serta merah jambu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com