Ahad, 22 Disember 2013

JDT Ikat Tiga pemain Harimau Muda Untuk Saingan Musim Depan

jdt-tmj-aimar

JOHOR BAHRU - Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mengikat tiga pemain pasukan Harimau Muda untuk menghadapi Liga Malaysia tahun depan.

Tiga pemain berkenaan ialah Mohammad Fadhli Shas, Mohd Irfan Fazail dan Izham Tarmizi Roslan.
Bagi memantapkan lagi Skuad Harimau Selatan itu beberapa pemain Selangor turut dibawa masuk iaitu Mahali Jasuli, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asrarudin Putra Omar dan penjaga gol Norazlan Razali.

Tidak ketinggalan beberapa 'ayam tambatan' Kelantan iaitu Azizi Matt Rose, S.Subramaniam, Daudsu Jamaluddin dan Mohd Syakir Shaari selain seorang lagi pemain dari Negeri Sembilan, Mohd Nazrin Nawi.

Selain itu, beberapa muka lama dikekalkan.

Mereka ialah Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Al-Hafiz Hamzah, Jasazrin Jamaluddin, Nurul Azwan Roya, Muhammad Akram Mahinan dan Muhammad Hadin Azman.

Manakala untuk kuota pemain import pula selain pemain prolifik dari Argentina iaitu Pablo Aimar dan Luciano Figueroa, JDT turut diperkuatkan dengan dua pemain Singapura Harris Harun dan Baihakki Khaizan. 

Kesemua 33 pemain diperkenalkan dalam satu majlis khas di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos hari ini dengan turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBSNJ) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam majlis yang dihadiri ribuan penyokong skuad Harimau Selatan itu, tiga jersi baru tajaan sebuah syarikat barangan sukan antarabangsa turut diperkenalkan.

Dua jersi Merah Biru akan dipakai ketika perlawanan yang melibatkan JDT sebagai tuan rumah manakala jersi Biru Putih akan digunakan ketika bertandang ke tempat lawan.

Sementara itu dalam majlis berkenaan Tunku Ismail turut mengingatkan penyokong pasukan bola sepak Johor supaya lebih menjaga perlakuan mereka dan tidak membuat silap sehingga boleh menyebabkan PBSNJ dikenakan tindakan oleh pihak yang berkenaan.

"Jangan beri peluang kepada mana-mana pihak sewenang-wenangnyan saman PBSNJ kerana persatuan banyak menyumbang kepada pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

"Wang (persatuan) boleh digunakan untuk banyak perkara lain daripada bayar saman," titah Tunku Ismail.

Dalam majlis berkenaan Tunku Ismail turut menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Bola Sepak negeri Johor kepada 'orang lama' PBSNJ Datuk Sulamain Mahmod.
  
Sepanjang berkhidmat dengan persatuan, beliau telah berjaya membawa pasukan Johor menjulang beberapa kejayaan termasuk menjuarai Piala Malaysia 1985 dan juara Piala Malaysia 1991. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com