Sabtu, 21 Disember 2013

Wanita Saman Pekedai Kerana Terminum Air Mani Dalam Botol

wanita-mani-botol

Sydney: Seorang wanita Australia menyaman seorang pekedai selepas meminum air minuman dalam botol didakwa mengandungi air mani, kata peguam plaintif, di sini semalam.

Pemeriksaan DNA terhadap air dalam botol itu didapati ia sepadan dengan pemilik tempat perniagaan berkenaan.
Alicia Cooper mengemukakan saman terhadap pemilik kedai itu di mahkamah Australia Barat yang tidak lagi menjalankan perniagaan berkenaan.

Laporan media itu disahkan firma perundangan mewakili Cooper, Slater and Gordon.

Antara dakwaan dalam saman itu ialah pemilik kedai sengaja memasukkan air maninya dalam botol itu dan menjualnya.

“Saya tahu sesuatu tidak kena dengan air itu,” kata Cooper yang menuntut pampasan dan belanja perubatan atas tekanan dan kemurungan dialaminya selepas minum air itu.

“Tidak mungkin anda fikir perkara seperti ini boleh berlaku pada diri anda. Ia penghinaan kepada anda,” katanya kepada Fairfax Media.

Sperma pemilik kedai

Selepas Cooper membuat aduan mengenai minuman itu kepada Jabatan Kesihatan di bandar Stirling, satu sampel diambil untuk ujian dan mengesahkan ia mengandungi sperma, lapor Fairfax.

Satu sampel DNA diambil daripada pemilik kedai dan ujiannya sepadan sampel dalam air botol itu.

Peguam berkata, tindakan sivil dikemukakan selepas tiada dakwaan jenayah dikemukakan.

Fairfax memetik polis Australia Barat sebagai berkata, mereka berpendapat, ia bukan satu kesalahan jenayah serius. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email