Khamis, 20 Februari 2014

Enggan Bermadu Punca Perpisahan Erra dan Emran?

erra dan emran-bermadu

"Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya," ujar Erra seolah mahu mengelak. 

Malah Erra juga meminta agar tidak lagi ditanya apakah punca keretakan rumah tangganya dengan Engku Emran. Dalam hal ini dia hanya berkata, segala spekulasi mengenai rumah tangganya yang tersebar sejak dua tahun lalu telah terjawab. 

Sebagai imbasan klik sini. Meskipun Engku Emran kelihatan sebak ketika melakukan lafaz, namun tidak diketahui mengapa beliau merasa sedih begitu. Mungkinkah masih sayangkan Erra, atau ada sesuatu yang membuatnya tersentuh. 

Terdahulu, Erra menegaskan penceraian berlaku secara baik atas persetujuan kedua-dua belah pihak selain mengambil kira kepentingan anak mereka, Engku Aleesya, yang kini berusia lima tahun. 

Jelas Erra, mereka telah berbincang dengan mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah. 
"Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah," katanya. 

Bagaimanapun, Erra enggan mengulas mengenai keputusan memberi hak penjagaan anak kepada bekas suaminya. 

Permohonan tersebut telah diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju dan mahkamah meluluskan permohonan Erra untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah. 

Erra yang diwakili oleh peguamnya Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013. 

Keretakan hubungan pasangan itu mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu apabila Erra dan Engku Emran didakwa tidak lagi tinggal sebumbung selepas berkahwin pada 25 Oktober 2007. Fitnah liar turut tersebar apabila Engku Emran didakwa kononnya sudah berkahwin dengan wanita lain. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikannya oleh Engku Emran. 

Dengan penceraian itu, sudah dua kali mahligai yang dibina oleh Erra hancur berkecai. Ini kerana, pada 15 Jun 2003 dia pernah berkahwin selama tiga tahun dengan penyanyi Yusry Abdul Halim, tetapi tidak mempunyai anak. Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com