Selasa, 20 Disember 2016

Jangan Gedik Tukar Kad ATM Kalau Baki Akaun Tinggal Seringgit

cimb-queue-card

Assalammualaikumm..

Hampir genap setahun juga saya berhenti menulis dan mengemaskini blog. Nasib baik masih ingat lagi user name, password dan cara nak log masuk ke dalam blog.

Setelah sekian lama menyepi, mulai hari ini saya akan cuba kembali aktif ber-blogging memandangkan anak-anak pun dah besar dan senang nak jaga.

Untuk topik pembukaan, saya ingin berkongsi info terbaru dari portal Bernama tentang penukaran kad ATM yang masih hangat dibicarakan di media sosial hingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa penukaran kad ATM lama kepada kad debit berasaskan pin tidak dikenakan sebarang bayaran. Pendek kata ianya PERCUMA.

BNM turut memberi tahu bahawa kad sedia masih boleh diguna untuk pengeluaran tunai melalui mesin ATM.

Sekiranya kad ATM lama tak boleh guna, sila semak baki simpanan. Mana lah tahu tinggal seringgit..hehehe 

Kata BNM lagi, tiada tarikh akhir untuk penukaran kad baru tetapi orang ramai digalakkan untuk menukar kad tersebut bagi tujuan keselamatan

Sebenarnya, penukaran kad (debit) baru berasaskan pin ini hanya untuk pengguna yang aktif membeli barang secara atas talian (online) sahaja seperti Lazada, Go Shop dan sebagainya.

Saya harap selepas ini, orang ramai jelas tentang isu penukaran kad ATM ini.

Lagi satu saya nak tegur tentang sikap orang kita yang mudah percaya dengan berita atau info tidak sohih yang viral di media sosial seperti Whatsapps dan Facebook.

Saya nasihatkan orang ramai agar jangan cepat percaya dengan maklumat yang disebar melalui medium tersebut. Sila rujuk kepada pihak yang berautoriti sekiranya menerima apa-apa maklumat yang belum disahkan untuk mendapatkan kepastian.

Nampak macam remeh tapi sangat penting.

2 ulasan:

  1. Itulah... pihak bank pun sama sibuk duk iklan minta tukar kepada mydebit tapi tak beri penerangan secara terperinci.

    Lalu nenek-nenek dan atok-atok pun dengan gigih pi tukar kad bimbang nanti pencen tak dapat nak cucuk.

    Walhal boleh aje guna kalau setakat nak keluarkan tunai sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mrs. A

      Terima kasih,

      Itu lah dia penangan kuasa viral sekarang ni. Tapi syg yg viral tu semua perkara2 yg tak elok.

      Sebab tu saya kurang percaya dgn info2 atau mesej berantai yg disebar menerusi laman sosial.

      Padam

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com