Ahad, 20 Disember 2015

Bayi Sihat & Lebih Cerdik Jika Dilahirkan Ibu Usia 30an

smart-baby

Menurut satu kajian, ibu yang melahirkan anak mereka pada usia 30 tahun atau lebih dikatakan cenderung untuk memperoleh bayi yang lebih sihat dan cerdik.

Manakala ibu yang melahirkan anak mereka pada usia 40 tahun atau lebih dikatakan cenderung untuk memperoleh bayi yang mempunyai masalah obesiti.

Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal bertajuk Biodemography dan Biologi sosial.

Memetik laporan itu lagi, kajian tersebut menyimpulkan bahawa usia ibu boleh memberi kesan kepada perkembangan anak-anak mereka.

Para saintis mendapati bayi yang berada dalam kandungan ibu yang berusia 30-an mempunyai tahap kognitif tertinggi.

Menerangkan keadaan tersebut, seorang pakar penyelidik, Dr Alice Goisis berkata, para ibu yang mengandung dan melahirkan anak pada usia 30-an mungkin lebih berpendidikan, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, mempunyai gaya hidup sihat dan lebih cenderung untuk berada dalam hubungan yang stabil.

Menurut Dr Goisis, kenyataan tersebut disokong oleh data yang diperoleh daripada kajian daripada Millennium Cohort iaitu satu program yang mengikuti perkembangan 18,000 kanak-kanak di United Kingdom.

Seumber

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih cik Anies..

      Ini cuma kajian sahaja, namun ibu bapa yang memainkan peranan utama dalam mempengaruhi tahap kepintaran anak-anak.

      Apa pun kajian yang dilakukan kita tidak boleh menolaknya mentah-mentah. Mungkin ia benar siapa tahu kan?

      Padam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email