Sabtu, 7 Februari 2015

Rotan Pilihan Terakhir Mendidik Anak

rotan-anak

Rotan adalah salah satu kaedah untuk mendidik anak-anak, bagaimanapun, ia adalah pilihan terakhir yang boleh digunakan terhadap anak-anak yang telah mumayyiz, iaitu telah pandai membezakan perkara baik dan buruk.

Pegawai Psikologi Unit kaunseling Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Hepa, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Rosni Mohammad berkata, pendekatan mendidik dengan pukulan adalah kaedah terakhir, iaitu setelah semua cara diplomasi tidak berjaya.

“Merotan atau memukul anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplinkan anak adalah diharuskan dalam Islam, iaitu ketika anak mula berumur 10 tahun sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun”. (Hadis Riwayat Abu Daud).

“Hakikatnya dari segi psikologi, budaya merotan untuk mendidik  yang diamalkan oleh masyarakat timur dalam memberi didikan dan asuhan kepada anak supaya akur serta patuh kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Islam mengharuskan memukul atau merotan anak bagi tujuan mendidik, ia perlulah dilakukan dengan syarat yang ketat.

“Sekiranya ia kesalahan pertama, ibu bapa hendaklah memberi peluang untuk anak dan memaafkan kesalahan mereka dengan membuat perjanjian tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Ibu bapa juga perlulah memberi kaunseling terlebih dahulu agar anak celik akal kenapa perkara itu salah dan ibu bapa wajib memberikan pemahaman berhubung gaya tingkah laku positif dalam kehidupan mereka,” katanya.

Tak boleh pukul anak belum muamyyiz

Rosni berkata, berdasarkan hadis riwayat Abu Daud, tidak boleh memukul anak yang belum mumayyiz, iaitu belum mampu membezakan antara yang baik dan buruk dan jangan memukul anak ketika ibu atau bapa berada dalam keadaan sangat marah.

Katanya, ia dititikberatkan  kerana khuatir ibu bapa tidak dapat mengawal diri dan pukulan akan melampaui batas yang diharuskan syarak, justeru, ibu bapa perlu mengelak daripada memukul kawasan badan yang menyakitkan dan menimbulkan kesan sampingan seperti kepala, muka, dada dan perut.

“Merotan bagi kesalahan pertama seharusnya tidak keras dan tidak memedihkan. Pukulan itu pula hendaklah pada tangan dan kaki menggunakan rotan yang lembut.

Pukulan mendidik cukup sekali atau tidak melebihi tiga kali kepada anak-anak,” katanya.

Menurut Rosni, kanak-kanak yang kerap dirotan akan mengalami perasaan trauma apabila berdepan dengan ibu bapa mereka kerana mereka akan menganggap bahawa rotan sebagai satu hukuman kepada mereka bukannya pengajaran.

“Oleh itu, ibu bapa perlu menyatakan sebab mengapa mereka merotan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa merotan disebabkan oleh anak tidak sembahyang ketika berusia 10 tahun.

“Selain itu, hukuman rotan yang melampau akan menimbulkan perasaan takut anak terhadap ibu bapa. Hubungan anak dengan ibu bapa akan menjadi semakin renggang akibat ketakutan yang dialami. Anak-anak juga mengalami kurang kasih sayang dan kurang kepercayaan terhadap ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, kesan rotan juga boleh menyebabkan anak menjadi murung dan kurang aktif.

Nilai moral tinggi

“Lazimnya, pada peringkat usia kanak-kanak, mereka seorang yang aktif dan periang, tetapi sekiranya mereka sentiasa dirotan, ia akan menyebabkan anak tidak membesar dengan baik.

“Kesan merotan ini bukan sahaja menimbulkan kesakitan fizikal kepada anak malahan apabila mereka selalu dirotan, sering kali akan terbawa-bawa dengan hukuman merotan ini hingga dewasa dan berkeluarga. Hal ini berkemungkinan mereka akan melakukan perkara yang sama kepada anak mereka kelak,” katanya.

Rosni berkata, hukuman rotan sebagai tindakan untuk mendidik anak mereka.

Kesannya, generasi pada masa dahulu lebih memiliki nilai moral yang tinggi berbanding generasi pada masa kini.

“Terdapat beberapa pemikir barat memberi pandangan mengenai hukuman rotan antaranya, Friedman dan Schonberg (1994), mentakrifkan perbuatan memukul sebagai tujuan mendisiplinkan anak bagi membentuk sahsiah diri yang sempurna termasuk  kesempurnaan moral dan etika.

"Memukul anak dengan tujuan hendak mengubah perangai mereka menjadi baik berlainan dengan penderaan bagi tujuan mendisiplinkan mereka.

“Manakala, Larzelere (2001) mengatakan dalam keadaan tertentu, menggunakan hukuman berat seperti merotan membuatkan anak itu lebih berdisiplin berbanding anak yang tidak dikenakan hukuman dan hanya menggunakan nasihat, amaran ataupun denda.

"Jika hukuman berat ini kerap dan tidak memalukan, ia adalah hukuman paling baik bagi mendisiplinkan anak,” katanya.

Masih relevan

Sehubungan itu, katanya, dapat disimpulkan bahawa merotan sebenarnya tidak terlalu teruk dan tidak mencederakan anggota badan walaupun  kanak-kanak akan berasa pedih serta sakit malah ia bertujuan bagi menyatakan hukuman yang diberikan adalah kerana kesalahan yang sudah beberapa kali dinasihati dan diberi amaran tidak dipatuhi.

Rosni berkata, hukuman rotan masih relevan untuk dipraktikkan oleh ibu bapa masa kini, bagaimanapun ia perlu mengikut garis panduan khusus, peraturan dan prosedur yang dibenarkan.

“Kajian mendalam perlu dilakukan sebelum melaksanakan cadangan merotan dijadikan kesalahan jenayah yang dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Sebolehnya, kita perlu cuba menggunakan gaya dan teknik keibubapaan yang disebut sebagai keibubapaan positif. Mereka tidak mengamalkan kaedah memarahi anak apatah lagi menghukum anak dan segala dalam kaunseling kita mendengar keluhan masalah anak-anak dan menegur mereka dengan  kata-kata positif serta menggunakan pendekatan berhemah," katanya.

Kata beliau, dalam Islam memukul adalah tindakan paling akhir sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar dan ancaman tidak memberikan sebarang kesan terhadap anak.

3 ulasan:

  1. setuju sangat, ada garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama,Islam itu indah dan sempurna, kak ana sehingga hari ini,tidak pernah dirotan malah tidak pernah merotan anak-anak sehingga dah meningkat remaja,Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kak Ana..

      Terima kasih sudi memberikan pandangan. Lepas ni boleh saya belajar dgn kak ana macam mana nak didik anak tanpa perlu merotan mereka..

      Padam
  2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    BalasPadam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email