Rabu, 12 November 2014

Mangaku Juga Kau Akhirnya Sam

Cik Siti: Macam tu lah, kan senang mengaku dah bertunang. Nak sorok-sorok buat apa? Takut peminat perempuan lari. Takde maknanya. Bakal isteri pun Cik Siti tengok boleh tahan juga, orang kuat TV la katakan..Beruntung badan.

Jangan jadi macam segelintirrrrrr... lelaki dekat luar sana tu, dah bertunang, dah berkahwin, dah ada teman wanita, pantang nampak perempuan dahi licin sikit mula la switch status jadi SINGLE..macam ON/OFF lampu plak..

Siapa makan cili, dia terasa pedas ler. Jangan marah ye, nanti kena jual!

sam-bunkface-tunang

Sam Bunkface akhirnya mengaku bertunang

Kuala Lumpur: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam akhirnya mengaku sudah mengikat tali pertunangan dengan Aida Azira Hussin, 27, seorang penerbit rancangan di TV3 pada 6 Oktober lalu.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, majlis pertunangan itu berlangsung secara sederhana di kediaman wanita berkenaan di Masjid Tanah, Melaka dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

"Kami sudah selamat bertunang sebulan yang lalu dan majlis itu dibuat secara sederhana kerana sebenarnya rancangan awal kami datang ketika itu hanya untuk merisik.

"Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran muzik video Malam Ini Kita Punya di pejabat Sony Music Malaysia, petang ini.

Sam dan Aida berkenalan selama empat tahun sebelum mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih dua tahun kemudiannya.

Sam berkata, pengakuan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan khabar angin yang tidak tepat mengenai hubungan mereka.

“Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya.

"Kasihan juga pada Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan ramai pihak," katanya.

1 ulasan:

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com