Isnin, 2 Jun 2014

Rapid Pork Food Test’ Alat Pengesan DNA Babi

Rapid Pork Food-alat pengesan dna babi

Umat Islam di negara ini kini tidak perlu bimbang atau ragu-ragu mengenai status kehalalan sesuatu produk makanan, minuman dan kegunaan harian yang terdapat di pasaran kerana mereka boleh menggunakan alat yang mampu mengesan DNA babi pada barangan tersebut.

Produk Rapid Pork Food Test edaran Iftitah Solutions (M) Sdn. Bhd. (Iftitah Solutions)merupakan inovasi dari Rusia, pertama kali dipasarkan di negara ini untuk membantu pengguna mengenal pasti kewujudan DNA haiwan itu dengan mudah dan cepat.

Pengurus Iftitah Solutions, Abd. Syukor Othman, 39, berkata, produk tersebut me­rupakan kaedah terbaik setanding dengan pelaksanaan ujian di makmal.

Konsep penggunaannya sama seperti alat ujian kehamilan. Pengguna berupaya mengenal pasti kehadiran DNA babi pada makanan dan minuman dengan cepat tanpa melibatkan kos yang tinggi berbanding ujian di makmal.

Bentuknya yang kecil dan mudah menjadikan ia sesuai di bawa ke mana sahaja dan wajib ada dalam beg tangan anda," Sumber

2 ulasan:

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com