السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dikenali sebagai Michelle, wanita itu mengakui, sejak 10 tahun lalu dia meminum darah termasuk darah manusia. Dia meminum setiap minggu dan jumlah itu jika dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi.
'Saya ketagih darah sama seperti seseorang yang ketagih rokok''.
''Darah itu saya minum ketika saya membaca, berehat atau melukis,''katanya.
Bekerja sebagai pelukis tatu,Michelle,29, berkata kadang-kadang darah itu dicampur dengan sup atau ditumis.
Michelle juga mengakui lebih menggemari darah babi berbanding lembu kerana rasanya yang keras serta lebih masin.
Pada masa yang sama, Michelle juga telah minum darah manusia dan berpendapat darah lelaki berbeza rasa dengan darah wanita.
Walaupun ketagih, Michelle tidak menganggap dirinya 'pontianak' sebaliknya manusia biasa yang sangat menikmati kesedapan darah.
Katanya, dia menghisap darah terus dari tangan teman lelakinya, Johnny seminggu sekali. Setiap hisapan boleh berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.
''Ianya tidak membahayakan sesiapa kerana hanya orang yang rapat dengan saya dihisap darahnya dan mereka telah disahkan bebas daripada sebarang penyakit, termasuk HIV," katanya.
Ketagihan itu bermula sejak Michelle di usia remasa lagi. Katanya ketika itu dia tertekan, dia menoreh tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir.Sejak itu Michelle sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.
Ibunya juga mengetahui mengenai tabiat aneh ini.
"Ibu saya menangis sebaik saja saya memberitahunya dan menganggap anak gadisnya pelik,"katanya.
Lagi gambar Michelle sedang menikmati darah..Sila jangan muntah darah ye..:P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan