Baca tajuk sahaja dah buat Cik Siti rasa sebak.Tergamak seorang bapa membunuh anaknya yang cacat. Anak tu pun tak minta dilahirkan di dunia ni dalam keadaan cacat.
Shenyang: Seorang kanak-kanak cacat, Yu yang berusia setahun empat bulan dibunuh oleh bapa kandungnya.
Si bapa, Feng memberi anaknya itu makan racun serangga dan kemudian menekup mulut dan hidungnya dengan pita pelekat apabila dia mendapati anaknya masih hidup.
Bagi memastikan anaknya benar-benar mati, dia meletakkan mangsa di dalam beg dan mecampakkan beg itu dari jambatan setinggi lima meter.
Beberapa pekerja binaan menjumpai beg yang mengandungi mayat kanak-kanak yang ditekup dengan pita pelekat pada hidung, mata dan mulutnya.
Polis tiba di tempat kejadian mengesahkan kematian kanak-kanak itu.
Orang ramai yang berada di situ memberitahu, kanak-kanak itu berusia dua tahun. Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan