السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Biarlah Saya Undur Diri – Dugaan demi dugaan yang terpaksa Redzwani Puteri, 26, terima sejak bergelar tunangan kepada Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle. Dan akhirnya selepas mendapat tahu tunangnya mempunyai hubungan dengan wanita yang dikenali sebagai Hanis Husna,Redzwani mengakui perasaan sayangnya terhadap lelaki itu sudah pun pudar. Tiada apa yang perlu ditangiskan. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Seharusnya Redzwani Puteri bersyukur kerana Shah Jaszle mengakui sudah mempunyai kekasih baru.
Cik Siti harap kali ini Redzwani Puteri benar-benar sudah melupakan dan tidak lagi menyimpan perasaan cinta terhadap Shah Jaszle. Berkata kepada Mstar Online, mengakui tidak lagi mempunyai perasaan sayang terhadap pelakon tersebut. Kata Puteri:-
Biarlah saya undur diri. Mereka (Shahrizal dan Hanis) mengaku mereka adalah sepasang kekasih. Maka tiada lagi kewujudan saya.
Tentang apa yang telah berlaku, tiada apa yang saya boleh katakan. Mereka pun telah membuat kenyataan masing-masing. Jadi, tak perlulah saya cakap panjang lebar. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing.
Saya di sini baik-baik sahaja, Alhamdulillah. Saya juga ingin memohon maaf atas kelewatan saya untuk mengulas tentang perkara ini. Harap, semua faham dengan keadaan saya.
Dengan ijazah doktor yang bakal diterima oleh Redzwani Puteri pasti ramai lelaki lain di luar sana yang akan merebut cintanya. Percayalah akan ada pengakhiran yang menggembirakan buat anda. Yang penting tumpukan perhatian terhadap pelajaran terlebih dahulu. Pedulikanlah orang yang tidak pandai menghargai segala jasa dan pengorbanan kita. Marilah kita doakan yang terbaik buat Redzwani Puteri. Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan