Rabu, 16 April 2014

Penyokong Bikin Kecoh di Stadium Perak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bola tu bulat..Ada masa pasukan yang kita sokong menang ada masa pula kalah. Kalah atau menang tu adat permainan dan kita perlu terima dengan hati yang terbuka. Jangan disebabklan sebiji bola kita bergaduh dan berpuak-puak pula. Harus diakui bukan semua penyokong tapi sikap segelintir fans yang menyebabkan semua terpalit sama.

Ipoh: Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu. Difahamkan, dua anggota polis termasuk FRU turut cedera pada mata dan kepala akibat dibaling batu oleh penyokong terbabit.

POLIS terpaksa menahan sebahagian penyokong Perak dari menyerbu ke arah penyokong JDT.

Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.

Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal. 

Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan.

Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan.

Kekecohan malam ini bagaikan mendapat petanda awal apabila dua bas yang membawa pasukan dan penyokong JD disembur dengan cat bertulis 'This is Ipoh', pagi semalam.

Kedua-dua kenderaan itu yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di Ipoh. Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com