Jumaat, 14 Mac 2014

Petua Henti Tabiat Gigit Kuku

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

GIGIT KUKU


Ini lah tabiat yang Cik Siti nak buang sejak dari dulu lagi tapi menemui jalan buntu..hehe. Sebenarnya ramai lagi mempunyai tabiat menggigit kuku macam Cik Siti. Sekiranya ditanya, jawapan seperti ‘tabiat sejak kecil’, ‘susah dihentikan’, ‘tak boleh dikawal’ antara penyebab mereka masih gigit kuku walaupun usia meningkat dewasa.

Biasanya golongan ini akan menyatakan rasa tidak selesa jika ia dihentikan. Namun tahukah anda, menggigit kuku, yang dianggap sebagai hanya kebiasaan , diklasifikasikan sebagai gangguan mental obsesif-kompulsif. Demikian yang diungkapkan para ahli dari American Psychiatric Association (APA), seperti dikutip NBC News. Adui!, nampaknya Cik Siti memang kena buang tabiat ni.  

Pelbagai teknik dan petua ringkas boleh dicuba untuk mengurangkan tekanan sekali gus mengatasi dorongan untuk gigit kuku. Pilih terapi paling berkesan berkesan dalam mengurangkan tekanan yang mungkin menjadi akar masalah daripada kebiasaan menggigit kuku. Gen Y kongsi cara berkesan untuk anda hentikan tabiat ini.

1. Kaji Punca

Mungkin pada awalnya anda hanya menggigit kuku sekadar suka-suka. Rasa bosan dan tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anda tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari.

2. Minta Orang Lain Menegur 

Bagi mereka yang tegar, banyak alasan khusus diberikan seperti kebosanan, ketakutan, tekanan, rasa cemas dan seumpamanya membuatkan mereka teruskan tabiat ini. Untuk berhenti, buatkan diri anda sentiasa sedar dan beritahu orang sekeliling supaya tegur anda jika melihat anda sedang gigit kuku.

3. Alih Perhatian

Selepas menyedari kelakuan anda, sebolehnya cuba alih perhatian dengan buatkan tangan ‘sibuk’ dengan aktiviti lain seperti bermain ‘game’ di telefon bimbit, menconteng buku atau buat tugasan lain yang relevan.

Melakukan kebiasaan baru dapat membantu menghentikan tabiat ini. Tentunya kebiasaan baru yang dipilih adalah sesuatu yang baik, misalnya mengunyah gula-gula getah ataupun makan sesuatu yang ringan.

4. Rujuk Pakar

Sesiapa yang ekstrim dalam hal ini boleh mengakibatkan kecederaan. Jari berdarah, kuku nipis dan terkopek, kehilangan kuku selain mengalami kerosakan kekal antara kesannya. Jika ia berlaku, maka sudah tiba masanya anda mendapatkan rawatan. 

Kebiasaan menggigit kuku (onychophagia) sebenarnya adalah sebahagian daripada sekumpulan perilaku yang termasuk dalam diagnosis gangguan obsesif kompulsif (OCD). Untuk mengatasi masalah ini, cuba rujuk kepada pakar dan lama-kelamaan pastinya ia akan hilang.

5. Luangkan Waktu Merawat Kuku

Antara cara lain adalah dengan cara menjaga kuku secara rapi. Sentiasa ada alatan ‘manicure kit’. Cuba untuk melakukan ‘manicure’ seminggu sekali. Mulakan dengan memotong kuku jika perlu dan kemudian membersihkan, melicinkan dan mencantikkan kuku.

6. Cacatkan Rasa

Krim, minyak ataupun pewarna kuku direka untuk menghentikan kebiasaan menggigit kuku. Perilaku ini biasanya dilakukan tanpa sedar dan boleh berhenti bila anda mendapati ada rasa atau aroma yang tidak enak dari kuku.

Dengan mengoles krim atau sanitizer di tangan dan jari anda, pastinya ia akan mencipta rasa aneh bahan kimia dan membuatkan kemahuan terbantut untuk terus meng­gigit. 

7.  Pakai Kuku Palsu

Selain itu, anda boleh atasi masalah ini dengan cara memakai kuku palsu untuk mencegah tabiat menggigit kuku. Jika anda berbelanja besar untuk kelihatan cantik mungkin buatkan anda fikir dua kali untuk merosakkannya. Sumber

3 ulasan:

  1. Good guide to quit the bad habit!

    BalasPadam
  2. Assalam,
    yang no 2 tu mungkin biasa lah...tapi yang no 7 tu...mungkin jarang sangat orang buat kot...apa2 pun info sihat yang bagus....
    Selamat berhujung minggu dan salam ziarah dari bunda...

    #DoaBuatMH370 :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.
      no 4 dan 7 je Cik Siti blom buat lagi.
      Selamat berhujung minggu juga buat Bunda sekeluarga

      Padam

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com