Selasa, 25 Februari 2014

13 Selebriti Hollywood Dengan Hobi Yang Aneh

Sepertimana kita selebriti juga punya kehidupan dan  hobi tersendiri.Jangan ingat kita sahaja ada hobi ok. Mereka pun manusia biasa macam kita cuma mereka diberi kelebihan lebih banyak dari kita. 

Namun tak semua selebriti ini punya hobi yang sepatutnya! Hobi mereka bukan sahaja pelik malah telah bertukar kepada ketagihan. Anda sering mendengar tentang selebriti yang bergelut dengan ketagihan yang biasanya melibatkan ubat-ubatan, alkohol, atau seks. Kali ni Cik Siti nak kongsi ketagihan pelik selebriti Hollywood.

Hai! Mesti anda tak sangka kan? Mahu tahu siapa lagi artis yang punya hobi 'mengejutkan'? Jom, ikuti ulasan ini sampai habis!


1. Paris Hilton

paris hilton-katak

Bersiaplah ketawa sebelum anda tahu apa hobi Paris Hilton. Selebriti ini memang memiliki hobi unik, iaitu menangkap katak! Namun tujuan Paris melakukan ini jelas bukan untuk menyakiti. Setelah menempatkan tangkapannya dalam bekas, dia akan melepaskan kembali haiwan itu. Kurang kerja kan? Tepat sekali! Tapi memang inilah hobi Paris! 

2. Kristen Stewart

kristen steward-juggle

Siapa tak kenal bintang ni? Nama Kristen Stewart mungkin sudah tidak asing bagi para pecinta TWILIGHT. Namun mungkin tak semua  tahu bahawa bintang cantik ini suka sekali bermain juggle 

3. Cheryl Cole


cheryl cole- jus lobak merak

Sihat jika mengambil sesuatu makanan dalam jumlah yang betul. Cheryl Cole telah mewujudkan satu satu obsesi untuk jus lobak merah. Malahan, kawan-kawan rapatnya turut mengatakan bahawa dia mengambil minuman ini sehingga 8 gelas sehari. Wow!


4. Jesse Eisenberg

jesse eisenberg-kucing


Kedengaran pelik namun Jesse mempuyai satu tabiat pelik dimana dia mengambil kucing jalanan untuk dipelihara. Pada awalnya tabiat ini adalah untuk kerja amal sahaja. Walaubagaimanapun, selebriti muda ini telah menjadi ketagih sama sekali pada tabiat yang terpuji ini.

5. Johnny Depp

johnny depp-barbie

Bintang DARK SHADOWS ini hidup bersama banyak sekali patung Barbie di rumahnya, yang beberapa di antaranya adalah limited edition. Dia juga mengakui bahwa dia sesekali memainkan patung- patung itu untuk anak-anaknya. Apakah hobi unik masih berlanjut setelah dia berpisah dengan Vanessa Paradis? Entahlah!

6. Robert Pattinson

robert pattinson-ketagih coke

Rupa-rupanya, minum 'diet coke' adalah lebih baik daripada coke biasa. Robert Pattinson adalah seorang yang fanatik diet dan mendakwa telah minum hampir 300 tin seminggu. Selain 'diet coke', Pattinson juga mendakwa dia ketagih untuk 'Cinnamon Toast Crunch' dan hanya itu sahaja yang dia makan. Cik Siti terjatuh cinta dengan mamat ni bila tengok cerita Twilight.hahaha. 
 
7. Ozzy Osborne

ozzy osborne-sugar puffs'

Jika ketagihan Robert Pattison tidak cukup pelik lagi, Osborne mempunyai ketagihan terhadap bijirin sarapan pagi iaitu 'Sugar Puffs'.

Oleh kerana selebritu tidak mempunyai apa-apa kesulitan dalam hal kewangan; Ozzy telah mengimport sejumlah bilangan 'Sugar Puffs' dari England kerana bijirin sarapan ini hanya dihasilkan di sana. Gila betul la mereka ni kan.


8. Avril Lavigne


avril lavigne-solekan mata-celak


Sesetengah orang kata bahawa kecantikan terletak pada mata. Dan si cantik jelita, Avril Lavigne telah mengambil perkara ini secara serius dimana dia sangat obses pada solekan mata, terutamanya celak mata. Dia mengaku ia telah menjadi obsesi pada beliau selama bertahun lamanya dan dia berasa seperti telanjang jika tidak memakainya.

9. Salma Hayek

salma hayek-susu badan


Salma Hayek mempunyai satu ketagihan dimana dia gemar menyusukan bayinya. Mengakui obsesinya sebagai satu yang luar biasa, dia berkata bahawa dia tidak boleh berhenti menyusukan bayinya, terutama apabila dia mengetahui bahawa betapa sihatnya susu badan untuk bayi. Rasanya hobi ni memang baik terutama untuk bayi dan ibu itu sendiri.


10. Jack Black

jack black-teh hijau

Bukan ketagih untuk bermain permainan dalam talian mahupun merokok, Jack Black nampaknya telah mengetepikan kedua-duanya untuk satu tabiat yang lebih sihat iaitu teh hijau. Seorang peminum tegar teh hijau, terutama jika berais, Jack telah terjebak dalam ketagihan ini sejak 2008 selepas kelahiran anak keduanya.

11. Taylor Swift

taylor swift-globe salji


Siapa sangka kalau Taylor Swift yang biasa tampil menawan dengan gitar itu punya hobi yang sangat feminim. Dia mengakui bahwa dia sering membuat globe salji yang indah dengan tangannya. Memang tidak semewah buatan di kedai. Namun membuat globe salju dengan tangan sendiri benar-benar memberikan kepuasan bagi wanita cantik ini.

12. Tom Hanks

tom hank-mesin taip lama

Koleksi benda antik mungkin jadi hobi menarik bagi beberapa orang termasuk Tom Hanks. Namun entah kenapa, bintang THE DA VINCI CODE ini lebih suka menumpukan perhatian pada koleksi mesin taip lama. Hingga saat ini, dia sudah mempunyai sekurang-kurangnya 200 mesin taip lama dengan pelbagai model dan teknologi. 

13. Cristiano Ronaldo

cristiano ronaldo-bingo

Hobi pemain bola Cristiano Ronaldo tak kalah aneh dari artis lainnya. Bayangkan saja, dia rela menghabiskan banyak waktu hanya untuk bermain bingo! Tak hanya bermain secara manual, Cristiano juga memiliki Bingo versi DVD yang terbukti membantunya mempelajari bahasa English. Well, kalau dipikir-pikir memang bermanfaat juga!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email