Sabtu, 14 Disember 2013

Gadis Arnab Kini Selesa Berhijab

felixia Yeap

Cik Siti:  Nampak sopan dan manis sekali. Semoga Felixia Yeap diberikan hidayah Allah dan terus kekal berhijab.

Seremban: Perubahan penampilan dilakukan bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap, 27, untuk berpakaian sopan termasuk berhijab tidak semudah disangka kerana menerima pelbagai reaksi negatif.

Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee, berkata ketika mula memaparkan gambarnya berbaju kurung, jubah dan berhijab di blog serta laman peminat Facebook, ramai pihak bersikap sinis, malah ada menganggapnya mempermainkan Islam.

''Biarlah orang hendak berkata saya seorang yang pelik bila bukan islam ingin berhijab''katanya.

Saya sedar mengenai sensitiviti agama dan tidak pernah mengenakan hijab dengan pakaian tidak sopan atau ketat. Ramai rakan memberi panduan mengenai pemakaian hijab dan saya hanya mengenakannya dengan pakaian longgar serta tidak menjolok mata.

Dia kini lebih selesa dan selamat jika memakai pakaian busana muslim . Dia juga mengakui sudah bosan dengan pandangan penuh bernafsu orang terhadap dirinya dan sekarang mereka lebih memberi pandangan berinteraksi bukan pandangan fizikal sahaja .

2 ulasan:

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com