Sabtu, 14 Disember 2013

Lindsay Lohan Pukul Adik Paris Hilton

Lindsay Lohan

Pelakon wanita yang tidak pernah lekang dengan kontroversi, Lindsay Lohan baru-baru ini didakwa terlibat dengan kes pergaduhan dengan adik kepada seorang lagi selebriti Hollywood, Paris Hilton.

Kejadian tersebut berlaku hujung minggu lalu apabila Lohan dikatakan berang dengan tindakan iaitu Barron Hilton yang mempersendakan teman lelakinya sebelum dia dan rakannya, Ray Lemoine bertindak memukul Hilton.

Portal hiburan dailymail.co.uk memberitahu, sewaktu kejadian tersebut, Lohan berada di bawah pengaruh bahan terlarang.

"Foto-foto lokasi kejadian di sebuah rumah agam di Miami, Amerika Syarikat turut memperlihatkan bekas-bekas rokok dan juga serbuk putih yang diyakini adalah sejenis dadah.

"Selain daripada itu, Lindsay Lohan dipercayai berada di bawah pengaruh bahan terlarang sewaktu kejadian berlaku. " lapor portal tersebut.

Akibat daripada tindakan tersebut, Hilton dikatakan amat berang sebelum memuat naik sekeping gambar wajahnya yang mengalami kecederaan di laman sosial. Dia juga dikatakan bakal menjadikan gambar tersebut sebagai barang bukti dalam membawa kes pukul itu ke muka pihak pengadilan.

sumber:utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com