Cik Siti: Mengambil makanan ringan dewasa ini bagai sudah menjadi satu tabiat bagi sesetengah kaum wanita. Cik Siti sendiri pun dulunya memang gemar makan makanan ringan.
Tapi semenjak sudah berumah tangga pengambilan makan ringan terpaksa dikurangkan kerana bimbang kesan yang bakal datang bila terlalu kerap mengambil makanan ini.
Banyak juga cerita 'seram' dilaporkan oleh pakar pemakanan dan kesihatan di media massa tentang akibat yang perlu ditanggung apabila tidak mengamalkan amalan pemakanan yang betul dan seimbang.
Kanser payudara merupakan penyakit yang sangat ditakuti oleh kaum wanita. Penyakit ini amat sukar dirawat dan boleh membawa maut sekiranya kita lambat melakukan pemeriksaan awal.
Oleh itu, Cik Siti nak sarankan kepada sahabat blogger dan juga pengunjung blog ini terutamanya golongan wanita supaya mengurangkan tabiat gemar makan makanan ringan ini kerana ia antara salah satu faktor penyebab terjadinya kanser payudara.

Pengambilan Makanan Ringan Punca Kanser Payudara
Amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan antara faktor penyebab
berlakunya kanser payudara di kalangan kaum wanita negara ini.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Jabatan Radiologi Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati pengambilan makanan ringan yang kerap dalam kauntiti yang banyak boleh menyebabkan berlakunya kanser payudara.
Menurut Dr Nik Munirah Nik Mahdi, lebih dari 150 kes kanser payudara yang direkaodkan setiap tahu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan secara puratanya dua hingga tiga kes kanser payudara dilaporkan dalam tempoh masa seminggu.
Berkata kepada pemberita, Dr Nik Munirah turut menjelaskan bahawa proses rawatan kanser payudara akan menjadi lebih mudah sekiranya kaum wanita mengambil langkah awal mengesan kanser tersebut.
Sekiranya lewat melakukan rawatan awal, peluang untuk mereka sembuh amat tipis kerana proses rawatan kanser payudara ini kebiasaanya akan mengambil masa yang panjang dan untuk disembuhkan jika sudah sampai ke tahap serius.
Diakhir temubualnya, Dr Nik Munirah turut menasihatkan kepada masyarakat terutamanya kaum wanita supaya mengikis sikap malu untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemerikasaan awal.
Katanya lagi, penyakit ini boleh dicegah jika setiap wanita mengambil langkah melakukan pengesanan pada peringkat awal.
Sumber: Info Anda

Tiada ulasan:
Catat Ulasan