Pernahkan anda pernah mengalami situasi di mana anda tiba-tiba keliru dan berbelah bahagi sama ada si dia benar-benar tepat untuk anda untuk dijadikan calon suami atau tidak.
Memang dalam sebuah hubungan, setiap orang menginginkan yang terbaik hingga ke akhir hayat. Namun sebelum perhubungan menjadi ikatan yang lebih serius kita sebagai wanita berhak memilih yang terbaik untuk masa depan kita. Lebih baik bersedih akibat putus cinta dari tersiksa seumur hidup akibat tersalah pilih pasangan.
Tapi, bagaimana caranya kita tahu bahawa si dia adalah pasangan yang benar-benar terbaik? Berikut 4 tanda kekasih anda bukan orang yang tepat untuk anda:
1. Bolehkah kekasih anda menerima masa lalu anda?
Hampir setiap orang punya masa lalu samada baik atau tidak. Tapi jika kekasih anda tidak boleh menerima masa lalu anda, dia bukanlah orang yang terbaik untuk anda. Apalagi jika si dia sering mengungkit dan menyalahkan masa lalu anda setiap kali berlaku krisis dalam perhubungan, maka kekasih anda itu bukan orang yang tepat untuk kehidupan anda.
2. Apakah kekasih anda marah ketika anda sedang beremosi?
Tidak kira lelaki atau wanita pasti akan mengalami keadaan yang beremosi. Berbeza dengan lelaki yang tidak suka memperlihatkan emosi mereka, wanita lebih sensitif dan suka meluahkan emosi mereka.
Tak semua lelaki tahu wanita menangis untuk membuat kita merasa lebih tenang. Tetapi jika anda sering dimarah setiap kali anda menunjukkan emosi anda terlebih lagi ketika anda sedang dalam keadaaan berduka , itu ertinya kekasih anda bukan orang yang tepat untuk anda.
3. Adakah kekasih anda kaki pukul dan bertindak kasar?
Jika pasangan anda suka main pukul dan bertindak kasar ertinya anda perlu segera mengucapkan selamat tinggal kepada dia. Lelaki yang kaki pukul dan bertindak kasar ertinya dia tak mampu mengawal nafsu amarah dalam dirinya. Nafus dalam dirinya sendiri pun dia tak boleh kawal bagaimana pula ia nak mengendalikan dan mengatur rumahtangga yang akan di bina bersama anda?
4. Kekasih anda seorang kasanova?
Kasanova atau playboy memang nampak cute di drama atau movies, tapi tidak di kehidupan sebenar terutama ketika anda masih bersama si dia. Mereka takan pernah setia pada anda. Anda takkan pernah merasa gembira dengan jejaka kasanova ini. Tinggalkan sahaja kekasih kasanova anda. Lain lah anda sanggup makan hati berulam jantung asal dapat bersama si dia.
5. Tidak pernah bertengkar?
Bukan bermaksud bertengkar dengan kekasih anda adalah hal yang baik. Anda mungkin menganggap bahawa tidak pernah bertengkar dengan kekasih anda adalah sesuatu yang patut dibanggakan. Tetapi jangan merasa terlalu gembira kerana tidak bertengkar boleh menjadi tanda bahawa dia bukanlah orang yang tepat untuk anda.
Pasangan yang bertengkar berarti hubungan mereka sudah cukup stabil. Maka jika tidak ada yang memulai pertengkaran di antara anda berdua, berarti hubungan anda sangat hambar dan bukanlah hubungan yang erat.
perkongsian yg bagus
BalasPadam