Isnin, 7 April 2014

6 Alasan Suami Berlaku Curang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

suami curang

Hubungan suami isteri adakalanya hambar dan muncul pelbagai masalah apabila usia perkahwinan mencecah 10 tahun. Kadang-kadang tak sampai 5 tahun usia perkahwinan pun suami sudah mula buat hal. Kenapa boleh jadi sebegitu rupa?

Berikut merupakan 5 alasan mengapa si suami berlaku curang:

1. Zuriat

Isteri tidak dapat atau tidak mampu memberikan zuriat. Zuriat merupakan antara perkara penting dalam sesebuah perkahwinan. Ya ini memang benar tapi kita tidak boleh menyalahkan isteri kerana ini semua ketentuan dan kehendaknya. Siapalah kita untuk mencabar kekuasaanNya,betul tak? Ini semua dugaan yang Allah berikan untuk menguji kita tentang ikatan perkahwinan.Tetapi alasan ini seringkali digunakan oleh si suami untuk mencari yang lain.

2. Tabiat

Memang tertekan kalau suami tabiatnya suka berpoya-poya.Manusia boleh berubah tapi  itu semua atas kehendak sendiri.Kalau suami memang nak berubah, sebelum kahwin pun dia dah fikir nak berubahkan? 

3. Pergaulan

Ini memang banyak terjadi, kadang-kadang si suami tiada pun niat nak curang tetapi di sebabkan bergaul dengan kawan-kawan yang suka mencabar maka terjadinya perkara yang tidak diingini. Bila kawan-kawan mula mencabar ego si suami, mulalah dia nak 'test market' juga.

4. Mudah Jemu

Jemu!!…Lelaki curang kerana mereka cepat jemu dan bosan dengan wanita yang sama setiap masa. huhu. Bila dah jemu, mulalah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, selepas beberapa 'yang lain' itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesiankan orang perempuan! 

5. Seks Merundum

Menjaga hubungan seks memang amat penting kerana faktor ini sangat penting buat si suami. Tapi kita hanya manusia biasa, kadang-kadang isteri sibuk menguruskan rumahtangga sehingga terlupa untuk menjaga penampilan diri dan lain-lain. Perkara ini juga sering dijadikan alasan bagi si si suami untuk mencari yang lain.

6. Tidak Tahan Godaan

Tidak dinafikan wanita diluar sana pun apa kurangnya suka mengoda. Walaupun tahu lelaki tersebut telah berkahwin makin mereka sangat seronok dan sukakan cabaran memikat lelaki yang bergelar suami orang. Kebanyakan lelaki memang tidak tahan godaan. Niat  dihati nak setia tetapi baru kena cuit sikit dah jatuh terguling. 

Jika awal perkahwinan dibina atas dasar benar-benar ikhlas dalam mencari kebahagiaan dan keredhaan dariNya, In sya Allah tidak ada satu pun alasan yang akan diberikan untuk melakukan kecurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com