السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cik Siti malas nak komen bab manusia-manusia yang terlalu pandai membuat pelbagai ramalan tentang kehilangan MH370 ini. Yang Cik Siti nak tekankan di sini jangan bunuh harapan saudara mara yang terlibat dalam kehilangan pesawat ini. Bangkai kapalnya belum ditemui jadi siapa kita untuk membuat pelbagai spekulasi.Sama-samalah kita doakan yang terbaik agar mereka selamat dan kembali ke pangkuan yang tersayang.
Bayangkan kalau saudara mara terdekat dengan kita yang ada dalam kapal terbang itu.Adakah kita berani membuat spekulasi seperti yang kita yakini sekarang ini??? Fikir-fikirkan lah!
Klik (
sini) untuk senarai penuh penumpang dan anak kapal.
Juruterbang
pesawat tersebut adalah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai
pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 18,365 jam.
“Zaharie berkhidmat dengan Malaysia
Airlines sejak 1981. First officer pesawat tersebut adalah Fariq
Ab.Hamid yang berusia 27 tahun.
“Beliau mempunyai pengalaman jumlah masa
penerbangan sebanyak 2,763 jam dan beliau berkhidmat dengan Malaysia
Airlines sejak 2007,” katanya semasa suatu sidang media. Pesawat itu dilaporkan turut membawa 12 anak kapal.
Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41
pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada
pukul 6.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan
memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur
pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul
6.30 pagi tadi.
“Malaysia Airlines sedang berkerjasama
dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan
menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik
Terkini pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan pesawat MH370 berpatah
balik sehingga membawa kepada misteri kehilangan pesawat tersebut.
Oleh itu, misi mencari dan menyelamat telah diperluaskan meliputi
lebih banyak kawasan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Hishammuddin Hussein pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul
11.30 pagi Ahad.
Menurut terminologi penerbangan, 'air turn back' adalah prosedur
pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas
atau disyaki pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat.
"Kami turut mengesahkan tumpahan minyak dikesan di perairan Vietnam tetapi tiada serpihan pesawat dijumpai.
"Kita tahu sehingga ini, pesawat Vietnam berada di perairan itu untuk mengenalpasti punca tumpahan minyak itu," katanya.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan