Kedengarannya seperti tidak masuk akal tetapi ia berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam The Federation of American Societies for Experimental Biology Journal (FASEB). Ayah yang mempunyai masalah kegemukan cenderung mewariskan masalah tersebut kepada anak perempuannya termasuk risiko penyakit diabetes ketika dewasa.
Tahukah anda, berat badan seorang lelaki semasa proses ovulasi akan mempengaruhi genetik bayinya, terutama jika anak yang bakal lahir adalah perempuan.
Sebelum ini kita sering diberitahu tentang bagaimana keadaan kesihatan ibu sebelum merancang kehamilan dan sebaik hamil memberi pengaruh terhadap tahap kesihatan anak yang bakal lahir. Sebenarnya hal yang sama juga berlaku kepada bakal ayah.
Oleh itu seeloknya bakal ayah menjaga kesihatan tubuh badannya kerana tanpa disedari ia mempengaruhi kesihatan tubuh badan anak perempuannya kelak. Jadi, ayah semua pastikan anda menjaga kesihatan tubuh badan terutama berat badan kerana anda bukan hanya perlu memikirkan kesihatan diri sendiri tetapi anak-anak yang bakal lahir. Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan