Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca satu info atau tip untuk menjaga kulit muka.
Saya percaya, di luar sana masih ada di antara kita mengalami masalah pada kulit muka.
Justeru, untuk mencegah masalah tersebut tidak terjadi, wajah harus sentiasa dijaga kebersihanya.
Salah satu cara agar kulit wajah kita terus sihat adalah dengan rajin mencucinya agar sentiasa segar dan bersih.
Namun, dinasihatkan agar tidak mencuci wajah melebihi dua kali sehari. Mencuci muka yang kerap akan menyebabkan kulit menjadi kering.
Mencuci wajah sebelum tidur ialah sebaik-baik masa yang diperlukan untuk kulit.
Memberi Ruang Untuk Pori-Pori
Pori-pori dalam wajah memang sukar 'bernafas' saat wajah penuh dengab sapuan mekap yang sangat tebal. Manfaat mencuci wajah sebelum tidur ternyata dapat membuka pori-pori kulit agar bebas bernafas.
Bebas Jerawat
Melakukan aktiviti luar yang kerap membuatkan kulit wajah lebih mudah terkena debu dan kotoran. Waktu sebelum tidur, wajah perlu dimanjakan dengan dibebaskan dari kotoran berlebihan yang menempel. Wajah akan lebih sihat dan bebas jerawat.
Wajah Semakin Bersih dan Cerah
Wajah menjadi kusam kerana debu dan kotoran yang melekat di kulit. Wajah akan terasa lebih segar selepas dibersihkan sebelum tidur. Ketika bangun pagi pun, wajah tidak akan terlihat kusan dan berminyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan