Rabu, 21 Disember 2016

Resepi Dan Cara Buat Kuih Buah Rotan

resepi-kuih-buah-rotan

Salam sejahtera..

Hari ini saya terbagun awal sikit dari kebiasaan. Mungkin semangat mengemaskini blog sudah datang setelah sekian lama berhenti menulis.

Baru sahaja menyiapkan kerja rumah termasuk menguruskan anak-anak. Cuma masak-memasak sahaja belum lagi.

Tadi, semasa mengemas saya terjumpa helaian surat khabar lama. Di dalamnya ada tercatat satu resepi untuk membuat kuih yang biasa kita jumpa bila Hari Raya.

Nak tahu apa kuihnya? Teruskan membaca ye..

Kuih tersebut ialah Kuih Buah Rotan atau Kiuh Redan. Kuih ini bersaiz kecil, sangat comel serta mudah dibawa ke mana-mana. Rasanya pula lemak-lemak sedikit  tapi sedap untuk dijadikan snack harian.

Bahan-bahan untuk membuatnya seperti berikut:

1. 500gm Tepung Pulut
2. 500gm Satan Kelapa
3. 2 Biji Telur Ayam
4. 4 Sudu Gula Pasir
5. Bijan Secukupnya
6. Sedikit Garam
7. Minyak Untuk Menggoreng

Ok, sekarang bahan-bahan untuk buat kuih Buah Rotan dah ada. Sekarang saya nak kongsi cara-cara untuk membuatnya pula.

1. Santan dimasak dengan api sederhana dan disejukkan
2. Tepung pulut diletakkan di dalam bekas
3. Masukkan gula, telur dan garam ke dalam tepung pulut
4 Gaul sehingga sebati
5. Masukkan santan sedikit demi sedikit
6. Uli sebatian hingga menjadi doh
7. Ambil secubit doh dan uli menjadi bulat-bulat kecil atau menggunakan mesin
8. Sadurkan ulian kecil-kecil tadi dengan biji bijan
9. Goreng dan siap dimakan

Mudah bukan nak buat nak buat kuih Buah Rotan. Bahan dan cara membuatnya pun tak cerewet. Jadi, selepas ini boleh lah cuba.

6 ulasan:

  1. RM500k Takaful dgn caruman RM200 masih lagi ada. Info:Dail +60109076910# Ikhlas Empayer Qiu Getb

    BalasPadam
  2. Hye sis nak tanya Kenapa saya try buat dia meletup letup ketika mengoreng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis nak tanya,awak dah try kan..rasa dia ok tak? 😁

      Padam
    2. Kena guna api kecil dan tak boleh dibiarkan..Goreng kejap je..Tepung pulut mmg meletop2..

      Padam
  3. Dah try bnyk kLi...mcmana nak buat agar dia tak liat...

    BalasPadam

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com