Ahad, 7 Disember 2014

[Giveaway] Hello From Canada

Hello From Kanda

Cepat betul masa berlalu, bulan Disember dah nak masuk separuh masa kedua. Beberapa minggu sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2015. Dengan berbekalkan masa kecederaan yang ada, Cik Siti ingat nak join satu atau dua segmen giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger bagi menutup tirai tahun 2014.

Oleh kerana masa Cik Siti sangat 'pack' untuk mengemaskini blog, maka Cik Siti terpaksa memilih segmen giveaway tertentu sahaja. Mana-mana segmen giveaway yang dianjurkan oleh  rakan blogger yang Cik Siti tak sempat join tu jangan ambil hati ye. Insha Allah tahun depan.

Tadi Cik Siti sempat singgah ke blog Qasih Ku di sini, kemudian terserempak dengan segmen giveaway baru yang dianjurkan oleh seorang rakan blogger, nama dia Farah dan sedang menuntut di Toronto, Kanada katanya.

Kebetulan pula Cik Siti memang minat kumpul barang atau cenderahati dari negara luar. Bila terlihat gambar pelekat besi berani berbentuk daun Maple seperti pada gambar di bawah, tergerak pula jari jemari Cik Siti untuk menaip satu posting ringkas berkenaan segmen giveaway yang dianjurkan.


Menurut tuan punya blog, fridge mangnets  tersebut hanya ada 10 biji untuk 10 orang blogger bertuah yang akan dipilih secara rawal. Syaratnya pula ringkas selain kena jawab satu soalan mudah.

Farah: Apakah URL blog Doodles of Life?

Sekiranya rakan-rakan blogger lain yang belum sertai segmen giveaway ni, boleh klik sini atau pada banner di atas. Sama-sama kita erat dan rapatkan hubungan silaturrahim sesama blogger. Bagi yang sudah menyertai segmen ni, Cik Siti doakan kalian berjaya.

8 ulasan:

  1. Terima kasih ya cik Siti sebab joined. Good luck ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Farah kerana sudi sanggah di sini..

      Padam
  2. Good luck yea

    http://pengemudamerahjambu.blogspot.ca/2014/12/ga-giveaway-hello-from-canada.html

    BalasPadam
  3. dtg blogwalking sini...goodluck tau...kata farah, esok atau lusa dia nk announce the winner :D goodluck :D

    salam perkenalan dari Germany :D
    jindrisska.blogspot.com

    BalasPadam

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com