Ahad, 18 Mei 2014

Jom Ukur Tahap Kecantikan Anda

Pesanan Cik Siti ujian ini sekadar suka- suka dan tak perlu ambil serius sangat. Ujian ini sesuai untuk anda yang selalu bertanya-tanya bila melihat diri di depan cermin apakah anda cukup cantik untuk menarik perhatian lelaki yang kita sayangi?  Pasti semua wanita pernah mengalami masa ini. 

Namun sekarang ada  caranya  untuk mengukur kecantikan anda.  Jom baca lagi untuk ketahui caranya

1. Beauty and Ugliness Identification Method

Ujian ini boleh menunjukkan samada wajah anda cantik atau tidak. Test  ini dinamakan 'Beauty and Ugliness Identification Method' . Dan teknik ini telah menjadi trend di laman sosial Weibo China dan menarik ramai artis di China untuk mencuba ujian ini . 

Pertama, luruskan jari telunjuk anda, letakkan pangkal jari telunjuk pada dagu. Adakah bibir anda menyentuh jari atau tidak?  Kalau tak faham, lihat gambar di bawah ini.

beauty and ugliness identification method

Menurut ujian ini, jika bibir anda menyentuh jari, maka anda adalah orang yang cantik dan menarik. Jika tidak, anda tak masuk dalam kategori cantik dan menarik. Ujian ini juga sesuai untuk mengukur ketampanan/hensem lelaki.

Namun pakar berpendapat anda tak perlu risau kalau bibir anda tidak menyentuh jari kerana ujian ini tidak mengukur kecantikan secara keseluruhan. Menurut Dr. Mark Holmes, ini adalah ujian sederhana untuk mengukur simetri dan keseimbangan pada wajah.

2.  Applikasi Analyze Face

Baru-baru ini ada sebuah aplikasi di satu web yang mendakwa bahawa mereka boleh mengukur tahap kecantikan atau ketampanan seseorang dari sekeping foto. Pembuat aplikasi ini iaitu Bryan Cooley.

analyze face

Applikasi ini dinamakan Anaface, kependekan dari Analyze Face atau menganalisa wajah. Aplikasi ini memerlukan anda untuk muat naik foto anda .Sistem akan menentukan 17 penanda yang akan menganalisa wajah anda dengan menggunakan sistem algoritma untuk menilai wajah dengan nilai tertinggi 10.

Anaface akan memberikan komen tentang apa yang salah dengan wajah mereka, contohnya  wajah yang kurang simetri,  hidung atau telinga yang terlalu panjang  dan lain-lain. 

Namun, aplikasi ini masih diragukan ramai orang kerana bagaimana mungkin sesuatu yang sangat subjektif seperti ini diukur dengan menggunakan angka.

Tertarik tak mencuba  ujian dan aplikasi ini?

Walau apa pun applikasinya tiada yang boleh mengukur semangat dan keperibadian ada. Jadi, jangan risau dan bersedih. Lagipun kecantikan itu sangat subjektif maknanya. Setiap orang akan berbeza dalam menilai suatu kecantikan. Bagi Cik Siti kecantikan dalaman lebih penting. Bila dalaman cantik automatik akan menyerlahkan kecantikan luaran anda. 

Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan Allah , redha dengan lekuk wajah dan bentuk tubuh yang dianugerahkan Allah kerana inilah bentuk terbaik menurut-Nya, bukan menurut media ataupun fikiran dangkal kita.

5 ulasan:

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com