Selasa, 20 Mei 2014

Jika Anda Ingin Berjaya, Pulanglah Kerja Tepat Pada Waktunya

lelaki- Kerjaya-kejayaan

Dalam apa jua kerjaya yang anda ceburi ingatlah kejayaan tidak datang bergolek. Membina karier dan masa depan cemerlang harus dimulai setapak demi setapak. Displin dan kreativiti asas yang paling penting dalam pekerjaan.


Sebuah penelitian yang dilakukan Dr. Stuart Brown mengatakan bahawa keseimbangan kegiatan seharian anda adalah formula untuk menjadikan anda berjaya. Hanya terperuk di pejabat sahaja ternyata mampu menurunkan produktiviti dan kreativiti anda.

Jika anda ingin berjaya, pulanglah kerja tepat pada waktunya dan lakukan beberapa tips seperti berikut ini.

8 Jam Fokus

Hasil pekerjaan yang memuaskan boleh anda dapatkan bila dalam 8 jam tempoh bekerja anda boleh fokus dan berkonsentrasi. Abaikan semua gangguan, termasuk godaan bermain di laman sosial sehingga pekerjaan dapat anda selesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Ketika konsentrasi anda tidak terganggu, otak anda boleh membangkitkan idea-idea cemerlang untuk mengembangkan tugasan yang anda lakukan.

Bijak mengatur masa

8 jam fokus bukan bermaksud anda tidak perlu berehat selama 8 jam. Manusia memiliki waktu produktif yang berbeza. Tapi secara garis kasar, kita hanya benar-benar produktif 3 hingga 4 jam saja sehari. Memang lah dalam waktu 8 jam itu kita boleh bekerja dan menyelesaikan semua tugasan. Tapi hasil dari pekerjaan itu sangat sulit untuk sempurna semuanya. 

Bahagikan tugasan anda menjadi beberapa segmen. Saat ada sejumlah pekerjaan yang harus di selesaikan dalam waktu sehari di pejabat, buatlah senarai mana yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Jangan lupa untuk mengatur masa dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain, misalnya untuk istirehat  atau (bagi yang muslim) untuk solat tepat waktu. 

Hindari Tekanan

Mampu menyiapkan tugas dalam kadar masa yang ditetapkan pasti membuatkan kita senang hati. Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan.

Sebaliknya pulak apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan dan muncul pula tugas lain yang memerlukan komitmen anda, pastinya meningkatkan tekanan bukan?. Tekanan pastinya tidak mendatangkan kebaikan kepada kita langsung

Tekanan akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi tunggang- langgang kerana kita membuat kerja separuh hati. Inilah yang menyebabkan anda gagal membina kejayaan.

Membina hubungan

Ketika anda boleh fokus selama 8 jam bekerja, maka anda boleh pulang tepat pada waktu. Pulang tepat pada waktu bukan sebelum waktunya ya. Apa manfaatnya? 

Yang pertama anda mempunyai banyak masa untuk meluangkan masa bersama keluarga anda. Pastinya keluarga yang bahagia memberikan sedikit motivasi kepada diri anda untuk lebih tekun dan success dalam semua kerja yang anda lakukan.

Kedua anda punya banyak masa untuk membina hubungan dengan sahabat, jiran-jiran, saudara mara malah dengan orang baru. Sama halnya seperti sedang membina jambatan menuju kejayaan kerana anda bersosialisasi dengan orang-orang yang mungkin saja mengantar anda ke gerbang kejayaan.

Lebih kreatif


Di dunia moden dengan teknologi yang semakin canggih dari waktu ke waktu, hampir semua pekerjaan memerlukan pemikiran kreatif .Jangan sempitkan minda anda dengan hanya satu kaedah. Cuba kembangkan kreativiti anda. Di luar sana banyak idea-idea yang boleh anda cedok dan applikasikan dalam pekerjaan anda. 


Mulai hari ini pulanglah kerja tepat pada waktunya dan bijak mengatur masa pasti  anda tidak akan pernah tertekan lagi dan masih punya masa untuk menikmati pergaulan. 

3 ulasan:

  1. Tips berguna ! Tq for sharing ^^

    BalasPadam
  2. bukan senang nk berjaya..thanks for the tips..sambil menabung di sini

    BalasPadam
  3. Tq untuk perkonsian ni... Betul tu... tak semestinya kalau bekerja lebih masa tapi tak produktif kita boleh berjaya!

    BalasPadam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email