Rabu, 7 Mei 2014

Almy Nadia Takkan Kongsi Kisah Rumah Tangga Pada Media

almy nadia dan fizz fairuz

Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri. Keputusan Almy Nadia untuk mengunci mulut daripada menceritakan segala hal rumah tangga yang dibina bersama pelakon Fizz Fairuz. adalah tepat pada pandangan Cik Siti.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati permintaan ibunya agar apa juga yang berlaku dalam rumah tangga tidak diceritakan kepada umum khususnya media.   

“Ibu memberi nasihat agar tidak menceritakan hal rumah tangga kepada umum kerana ia terlalu peribadi.   

“Selain itu saya tidak mahu ada pihak yang tidak suka dengan cerita tentang kami. Tiidak semua orang suka kita, jadi lebih baik saya dengar nasihat ibu.

Almy telah selamat diijabkabulkan dengan pelakon Fizz Fairuz dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 26 April lalu.   

Dalam pada itu, ditanya tentang gangguan daripada pihak luar terhadap rumah tangganya Almy berkata setakat ini kehidupan mereka berjalan lancar dan dia tidak mahu fikir tentang hal itu.   

“Setakat ini Alhamdulillah tiada sebarang gangguan tidak diingini dan saya malas nak fikir perkara seperti itu.   
“Saya anggap perkara yang sudah lepas sudah habis dan kini buka buku baru,” katanya. Sumber

:-Punca Adam dan Fiza Elite bercerai gara-gara instagram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com