Khamis, 10 April 2014

Penculik minta tebusan RM36.4 juta

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

pelancong china yang di culik di samporna

Pada 2 April, pelancong China Gao Hua Yuan (gambar), 29, dan pekerja resort warga Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna oleh tujuh lelaki bersenjata dipercayai kumpulan militan Abu Sayyaf.

Kumpulan penculik dua wanita itu meminta wang tebusan sebanyak RM36.4 juta bagi membebaskan wanita China yang juga seorang pelajar, Gao Hua Yuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menerima nota daripada kumpulan penculik tersebut yang meminta tebusan sebanyak 500 juta peso atau RM36.4 juta. 

"Kami telah menghantar satu pasukan untuk melakukan rundingan dengan orang tengah yang telah dipanggil ketika ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya, wang tebusan itu hanya melibatkan Hua Yuan tetapi tiada tuntutan terhadap seorang lagi mangsa yang merupakan pekerja wanita resort itu berasal dari Filipina, Marcy Dayawan atau Mimi. - Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com