Artikel Terkini

Tips Menyimpan Beg Dan Kasut

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

beg dan kasut tips

Berbelanja membeli beg atau kasut yang mahal harganya adalah satu pelaburan jangka panjang. Ini kerana jika anda bijak menjaga dan rekaannya pula klasik ia boleh diwariskan kepada anak atau cucu.

Oleh itu, jika anda mahu hayat beg dan kasut anda bertahan lama, anda perlulah menjaganya dengan sempurna. Jadi di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips penjagaan beg tangan dan kasut.
beg tangan

Simpan beg dalam dust bag atau gunakan fabrik fiber semula jadi untuk membalut beg yang tidak dipakai. Jangan sesekali menyimpannya dalam beg plastik. Seeloknya elakkan beg terkena air, lebih-lebih lagi hujan.

 beg fabrik fiber

Jika menyimpan beg di dalam almari, masukkan fabrik lembut atau baju lama seperti kemeja-T demi memastikan bentuknya kekal cantik. Bersihkan beg serta-merta jika beg terkena kotoran seperti makanan, kosmetik seperti bedak asas dan sebagainya. Gunakan kain lembap.

Jika mahu membawa alat solek atau alat tulis di dalam beg, tentukan anda menyimpan alat solek tersebut dalam beg kecil khas untuk mengelakkan sebarang kesan kotoran.

Seeloknya jangan bawa beg mewah anda pabila ke salun rambut. Mengapa? Ini kerana bahan kimia yang terkandung di dalam produk mendandan rambut mungkin boleh merosakkan beg anda. Siapa tahu jika petugas salun tertumpah bahan pewarna rambut atau klip rambut yang tercalit pewarna rambut terkena beg anda.

Elakkan produk pencuci yang mengandungi minyak kerana bahan sebegini akan menyekat lembapan. Pilih sabun mandian bayi yang lembut dan titiskan ke dalam 12 auns air dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkannya pada tuala 'mikrofiber' dan secara lembut lapkannya pada beg.

Jika tidak pasti atau tidak mahir mencuci beg, hantarkan pada yang pakar. Misalnya, di Kuala Lumpur kita punya Bag Spa yang menawarkan khidmat membersihkan beg.

kasut tips

Bagi penjagaan kasut pula, anda harus selalu membersihkan kasut apabila sudah memakainya dengan menggunakan berus kasut atau kain lap yang lembap.

Jangan cuci atau membersihkan dengan air kerana ia akan menjejaskan kualiti kasut itu. Sebelum simpan semula kasut ke dalam kotak, pastikan kasut tersebut betul-betul kering.

Jika kasut anda terkena basah, pastikan keringkan dulu sebelum anda menggosok atau mengelapnya untuk mengelak dari bercalar. Jangan gunakan pengering rambut untuk mengeringkan kasut kerana ia akan merosakkan kasut kulit.

Pastikan almari kasut anda kering dan tidak lembab, tambahkan silica gel gantung almari untuk menghindari kasut dari berbau.

shoe tree

Untuk kasut berbahan kulit biasa, letakkan 'shoes wax' untuk melindungi dan melembapkan kulit kasut anda. Masukan tulang penyangga kasut atau kertas bersih untuk menjaga bentuknya. Atau Gunakan 'shoe tree', untuk mempertahankan bentuk kasut semasa penyimpanan. 'Shoe tree' yg terbuat dari bahan kayunya juga berguna untuk menyerap lembab dalam kasut. Sumber

3 Responses to "Tips Menyimpan Beg Dan Kasut "

Kedudukan Alexa

Pengkomen Setia


SEO Reports for ciksitionline.blogspot.com Blogged.my