Selasa, 4 Mac 2014

Statement Memakan Diri, Isteri Mr. R Mendakwa Hanez Suraya Seorang Perampas

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Isteri Mr. R-hanez suraya

Hanez Suraya dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang hanya dikenali dengan nama 'Mr. R'. Isu ini menjadi hangat apabila Hanez Suraya telah tampil menerusi Harian Metro mendakwa dirinya difitnah oleh bekas isteri kekasihnya itu. Kata Hanez:-
"Sebenarnya lelaki itu adalah seorang duda anak dua ketika kami mula berkawan dan bukan suami orang seperti yang didakwa. Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-macam selepas saya mendedahkan untuk berkahwin baru-baru ini"?

Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang kenapa keluarga lelaki itu memberi restu dan dia sendiri yang melamar saya? Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang.
Ini memaksa isteri 'Mr. R', Liyana Manan tampil memberi keterangan Menerusi Ruangan BiPop Berita Harian Edisi 2 Mac 2014

Akhirnya terjawab sudah segala persoalan yang bermain di minda para pengikut kisah Hanez Suraya dan kekasihnya yang kononnya duda beranak dua.

isteri mr r
“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu sedangkan saya masih isteri R yang sah,” ujar isteri R atau nama sebenarnya Nurliyana Abd Manan.

"Tahap Kesabaran Saya Memuncak Apabila Hanez Memuat Naik Gambar Bersama-Sama Anak Saya Ke Dalam Laman Instagram," Liyana Manan


hanez bersama anak mr r

"Saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat turun gambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah, 8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman Instagram."

“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!” kata Liyana.

Liyana Walau Bagaimanapun Mengaku Hubungan Dia Dengan Suami Kini Sedang Bergolak

isteri mr r

"Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah. Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan."

"Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak."


"Konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya,” jelas Liyana lagi.


Tambah Menyedihkan Apabila Liyana Turut Mendedahkan Gambar-Gambar Percutian Hanez Dengan 'Mr. R' Ke Bangkok

percutian hanez dan mr r
percutian hanez dan mr r

Bersama-sama ada beberapa keping gambar ekslusif di mana dilihat kelibat artis Malaysia yang sedang hangat ini, Hanez Suraya & suami Liyana Manan Mr. R pergi bercuti bersama-sama di Bangkok, Thailand.

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R,” pesannya kepada Hanez Suraya.


Sebelum Ini, Hanez Menyangkal Dakwaan Dia Bercinta Dengan Suami Orang

hanez suraya
Melalui kenyataannya dalam Melodi, Hanez seolah-olah terkejut apabila didakwa merampas suami orang. Hanez turut menegaskan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang risiko jika dia tahu bakal suaminya itu merupakan suami orang.

"Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang kenapa keluarga lelaki itu memberi restu dan dia sendiri yang melamar saya? Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang," jelas Hanez.

Tak Percaya? Video Penafian Hanez Suraya Ada DI SINI:



Namun, Hanez Segera Memohon Maaf Setelah Status Sebenar Lelaki Tersebut Diketahui Umum

hanez perampas

"Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini. Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang."
"Saya juga tidak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri. Apa yang berlaku biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu," katanya. Untuk lebih lanjut klik sini
Sumber

6 ulasan:

  1. lelaki juga yang untung dalam kes macam nie.

    BalasPadam
  2. ggrr...akak mmg x minat pompuan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu saya minat juga la kat dia ni..skrg dah x..

      Padam
  3. pdn mke hanez suraya..
    itulah poyo sgt..

    BalasPadam

Google+ Badge

Jom Ikut Blog Ini!

Follow by Email