Isnin, 10 Mac 2014

Keputusan Analisa Negatif. Tompokan minyak Bukan Daripada MH370

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

pray for MH370

Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam mengesahkan tompokan minyak di perairan Laut China Selatan bukan milik MH370.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2014.

Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam mengesahkan tompokan minyak di perairan Laut China Selatan bukan milik MH370. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2014.

Sampel minyak diambil daripada tompokan di perairan Laut Cina Selatan semalam bukan daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam.

"Keputusan analisa adalah NEGATIF, ia bukan berasal daripada MH370.

"Sampel itu didapati sebagai kegunaan bahan bakar tongkang atau kapal laut," katanya kepada media di ibu pejabat APMM, Pasir Puteh hari ini.

Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum ini mengesan tumpahan minyak sekitar 20 batu nautika ke utara daripada lokasi terakhir pesawat MH370 Malaysia Airlines.

Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish, yang menyertai misi mencari pesawat berkenaan berkata pasukan mencari menemui "dua atau tiga" tompokan minyak dalam anggaran 16 kilometer berwarna kekuningan sekitar jam 11 pagi pada Ahad.

"Sebuah kapal dihantar ke lokasi tumpahan untuk mengambil sampel untuk diuji sama ada ia datang dari pesawat itu," kata Mohd Amdan kepada The Star sebelum ini. - Sumber

2 ulasan:

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com