Khamis, 20 Februari 2014

Facebook Beli Whatsapp Dengan Harga AS$16 bilion

FACEBBOK WHATSAPP

WhatsApp telah menjadi aplikasi yang cukup fenomena dari segi popularitinya. Apabila anda melihat smartphone, maka besar kemungkinan telah ter-install di dalamnya

Di petik dari Berita Harian Facebook hari ini mengumumkan untuk membeli perkhidmatan pesanan ringkas WhatsApp dengan perjanjian bernilai AS$16 bilion (RM52.7 bilion) sekali gus meluaskan pengaruhnya sebagai gergasi dalam rangkaian sosial di peringkat global. 

Sekiranya termeterai perjanjian itu bermakna wujudnya satu rangkaian sosial terbesar di dunia memandangkan Facebook kini mempunyai lebih 1.2 bilion ahli manakala WhatsApp pula dengan 450 juta ahli.

"Pengambilalihan ini menyokong misi bersama Facebook dan WhatsApp untuk mewujudkan lebih banyak rangkaian dan utiliti kepada dunia dengan menyediakan perkhidmatan Internet teras yang cekap dan sesuai dengan kemampuan," dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook.


Pengambilalihan itu adalah yang terbesar dan kurang dua tahun selepas firma Mark Zuckerberg menawarkan stok awam bernilai AS$16 bilion.

Pembelian terbaru berkenaan termasuk AS$12 bilion dalam bentuk saham Facebook dan AS$4 bilion dalam bentuk tunai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com