Mungkin yang telus seperti dalam bulatan merah tu agaknya kut.hehe. Apa-apa pun lakonan Adi Putra di kaca TV tetap mantap.
KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman, 50, iaitu Suami kepada Noraida
Abd. Mutalib,30, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan
pelakon Adi Putra mahu membuka kembali pendakwaan kes terhadap pelakon
berkenaan kerana kecewa apabila kes itu diklasifikasikan sebagai no further action (NFA) atau tiada tindakan lanjut.
Peguam Amiruddin iaitu Muhamad Hasif Hassan berkata, pegawai
penyiasat wanita kes tersebut Inspektor Fergie Anak Dim dari balai polis
di Johor dipercayai tidak telus menyiasat kes tersebut.
Sehubungan itu mereka telah membuat aduan di bahagian tatatertib Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat terhadap pegawai itu bagi
membolehkan pihak polis melantik pegawai penyiasat baharu.
"Pihak kami melihat Inspektor Fergie dipercayai menjalankan tugas siasatannya secara tidak profesional dan tidak telus.
"Lebih-lebih lagi kami melihat dia bergambar dengan Adi seolah-olah merupakan sebahagian peminat pelakon berkenaan.
"Dan menerusi aduan tersebut, pihak kami ingin membuka kembali
pendakwaan kes terhadap Adi selepas berasa tidak puas hati dengan
keputusan NFA yang diberi," katanya pada sidang media khas yang diadakan
di Hotel Concorde di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Muhamad Hasif berkata, pihaknya akan mengemukakan
surat kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk meneliti pertuduhan
yang mungkin lebih relevan daripada Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu
melakukan gangguan seksual kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan - memikat
wanita yang sudah bersuami.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera
Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dikenali
sebagai Nooraida Abdul Mutalib.
Aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi
laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui
aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan
dihidu suami wanita itu.
Sementara itu, Amiruddin berkata, sejak kontroversi tersebut, dia
mendapat pandangan negatif daripada rakan-rakannya yang menganggap dia
tidak patut membantu isterinya menyelesaikan kes berkenaan.
"Kawan-kawan dah benci saya kerana kes ini di mana sebagai suami saya tidak perlu membantu isteri yang membuat kesalahan.
"Tetapi saya anggap setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka ada
peluang kedua untuk berubah, begitu juga dengan isteri saya.
"Cuma, sudah alang-alang kes ini berjalan, saya akan teruskan
sehingga ia membuktikan apa yang kami dakwa terhadap suspek (Adi) adalah
benar," tegasnya.
Pada sidang media itu, pasangan suami isteri tersebut turut ditemani rakan mereka, Kassim Osman.
Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan.
Kopek tu woi
BalasPadam