Jumaat, 13 Disember 2013

Adi Putra Kembali Bernafas Lega.Kes Penyebaran Foto Sensual Digugurkan

adi putra

KUALA LUMPUR: Kes bertukar gambar lucah membabitkan pelakon, Adi Putra, 32, dengan isteri orang digugurkan selepas polis mengklasifikasikan kes sebagai 'no further action' (tiada tindakan lanjut).

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Kontroversi tercetus apabila suami kepada seorang wanita telah membuat laporan polis selepas terbaca mesej melalui WhatsApp serta saling bertukar gambar lucah.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim berkata, keputusan berkenaan diterima peguamnya pada 2 Disember lalu selepas hasil siasatan terhadap kes mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu tiada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Adi berkata demikian pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

2 ulasan:

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com